Apa Lagi Samy Vellu Mahu?

Diterbitkan: Khamis, 5 Jun 2014 11:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ia merupakan vintaj Datuk Seri S. Vellu kecuali kali ini, dia tidak mengkritik dan menentang pemimpin yang difikirkannya sebagai 'musuh' politiknya dalam MIC tetapi pengganti yang dipilihnya sendiri sebagai presiden parti.

Penyokong Datuk Seri G. Palanivel membantah berhubung satu temu bual yang diberikan kepada akhbar Sunday Star yang menurut mereka satu serangan kasar ke atas Palanivel yang dididik sendiri oleh Samy Vellu lebih 20 tahun sehingga beliau mengambil alih pimpinan parti pada 2010 apabila ahli politik veteran itu berhenti selepas 30 tahun menjadi presiden.

Ia merupakan kenyataan Samy Vellu yang di luar peraturan dan batas biasa yang menaikkan kemarahan penyokong Palanivel dengan sesetengahnya bertanya: " Selepas mentadbir parti dengan keras selama tiga dekad, beliau sepatutnya memainkan peranan sebagai negarawan yang dihormati".

Antara lain dalam temu bual itu, beliau mengecam Palanivel dan juga kesal kerana menentang bekas timbalan presidennya Tan Sri S. Subramaniam.

"Saya bawa seorang lelaki yang entah dari mana asalnya. Saya membentuknya; saya beri beliau keberanian, saya jadikannya seorang timbalan kerana pada masa itu kami bergaduh dengan Subramaniam.
 

"Sekarang saya sedar tiada sebab untuk berlawan (dengan Subramaniam).. Saya perkenalkan dia (Palanivel) ke mana sahaja saya pergi di seluruh negara. Saya buat semua kerja dan menaikkan pangkatnya. Beliau menjadi presiden. Dari hari dia menjadi presiden, saya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan MIC. Beliau tidak bercakap banyak dengan saya atau menelefon saya".

Menjawab satu soalan, Samy Vellu berkata beliau tidak menelefon Palanivel kerana dia kini adalah orang biasa.

Beliau terus mengungkit lagi dengan berkata: " Bagaimana saya boleh menghubungi orang yang sebegitu besar?".

Palanivel, merupakan rakan penulis ini selama lebih 10 tahun sebagai rakan editor di Bernama sehingga dia menjadi setiausaha akhbar Samy Vellu pada 1987, enggan mengulas.

Tetapi anggota dalaman parti memberitahu Bernama dia amat kecewa berhubung 
"penghinaan paling pedih" dari bekas ketuanya sejak ia mengambil alih, beliau merupakan "operator berprofil rendah tetapi kuat dalam menggerakkan alasan" untuk mendapatkan semula sokongan kepada parti daripada anggota di peringkat akar umbi.

Mereka menyebut sebagai contoh pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan minggu lepas di mana Palanivel turun padang selama 13 hari menggerakkan undi kaum India dan membawa kepada kejayaan Barisan Nasional merampas semula kerusi Parlimen itu daripada DAP.

"Beliau sepatutnya tidak mengutuk presiden parti," kata seorang pegawai kanan MIC.

Gaya kepimpinan Palanivel begitu berbeza sekali dengan gaya Samy vellu yang suka berkonfrontasi dan secara diktator yang berakhir dengan kekalahan parti itu dalam pilihan raya umum 2008 apabila Samy Vellu dan Palanivel hilang kerusi Parlimen mereka.

Orang dalaman parti itu berkata Samy Vellu sepatutnya berpegang kepada hakikat bahawa kepimpinan sekarang mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan bagi membaiki kerosakan yang telah berlaku semasa pentadbirannya.

"Sepatutnya, dia perlu memberikan sokongan terbuka beliau kepada Palanivel dan menerima kenyataan MIC tidak boleh terus beroperasi mengikut cara beliau mentadbir parti sebelum ini. Landskap politik telah banyak berubah berbanding semasa beliau memimpin," kata pegawai kanan itu.

Beliau menafikan sindiran Samy Vellu dalam temu bual itu bahawa parti itu mengabaikan beliau dan tidak tahu adat seperti yang layak diperolehnya.
 
"Malah pada majlis-majlis MIC, yang dihadiri perdana menteri, Palanivel akan memastikan Samy Vellu duduk di sebelah PM," kata pegawai itu.
 
Sejak Palanivel mengambil alih, banyak pemimpin dan anggota yang meninggalkan MIC sebagai tanda bantahan ke atas kepimpinan Samy Vellu telah menyertai semula parti itu, katanya.

Seperti yang dilaporkan kolumnis The Star Baradan Kuppusamy, penyokong Palanivel mahu Samy Vellu berhenti daripada campur tangan dalam urusan MIC dan memberi perhatian kepada tugas baharunya sebagai duta perniagaan ke Asia Selatan.

Membandingkan gaya kepimpinan antara kedua-dua lelaki itu, Baradan menulis:" MIC tidak biasa dengan contoh gaya kepimpinan Palanivel mereka masih terbiasa dengan gaya naungan bergemuruh Samy Vellu yang memarahi, memeluk dan menyanyikan lagu-lagu dan secara terbuka mendisiplinkan anggota parti.

"Sebaliknya, Palanivel lebih sistematik, teratur dan cermat". Dan pegawai itu bertanya: " Apa lagi Samy Vellu mahu?".

Tags / Kata Kunci: Samy Vellu

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan