Siasatan Isu 'Umno Celaka' Hampir Lengkap - Polis

Diterbitkan: Rabu, 4 Jun 2014 11:30 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Siasatan terhadap insiden sekumpulan penunjuk perasaan menyerbu kompleks Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hampir 90 peratus selesai.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mereka menerima arahan untuk memperkemaskan beberapa maklumat sebelum kertas siasatan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan seterusnya.

"Saya sendiri sudah menyemak kertas siasatan itu. Hampir 90 peratus lengkap," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri pada Rabu.

Pada 21 Mei lalu, sekumpulan penunjuk perasaan menceroboh kompleks DUN dan memasuki dewan itu untuk menuntut permohonan maaf dari Adun Seri Delima, RSN Rayer daripada DAP.

Rayer yang tidak hadir ke dewan ketika insiden itu berlaku dilaporkan menyebut 'Umno Celaka' sehari sebelum itu.

Polis kemudiannya menahan 12 orang yang terlibat dalam insiden itu.

Mereka dibebaskan dengan jaminan polis.
Tags / Kata Kunci: Umno , DAP , RSN Rayer

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan