Jejak Kaki Ditemui Dalam Pencarian Gareth Huntley

Diterbitkan: Rabu, 4 Jun 2014 8:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU TIOMAN: Pasukan penyelamat yang mencari warga Britain, Gareth Huntley yang hilang melaporkan terdapat penemuan kesan jejak tapi kaki antara dua sehingga tiga hari.

Operasi mencari akauntan yang berusia 34 tahun ini kini memberi tumpuan di kawasan sebelah barat ke Gunung Kajang, di mana jejak itu dipercayai menjadi petunjuk, kira-kira 7.5 kilometer dari air terjun Lubuk Teja yang sepatutnya dikunjungi Huntley.

"Kumpulan yang melakukan pencarian telah berkhemah dan bermalam di kawasan carian yang mengecil dari timur laut air terjun berkenaan, akan menuju ke Gunung Kajang dan dijangka tiba di sana pada sebelah petang.

"Kami juga mempunyai pasukan-pasukan dari Kampung Mukut dan Kampung Paya bergerak ke utara dan timur, dengan Gunung Kajang sebagai titik pertemuan untuk semua pasukan," kata Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Morni Mamat kepada pemberita di kem pangkalan operasi di tapak projek penyu Kampung Juara pada Selasa.

Kira-kira tengah hari 27 Mei lalu, Huntley dilaporkan memaklumkan kepada pihak pengurusan chalet bahawa dia akan melakukan 'trekking' ke air terjun, dengan tempoh pendakian yang sepatutnya mengambil masa kira-kira 75 minit.

Apabila dia masih tidak pulang ke chalet pada pukul 5 petang, rakan-rakannya dan beberapa penduduk kampung mula mencari Huntley, yang tiba di tapak projek penyu itu pada 24 Mei lalu untuk berkhidmat sebagai sukarelawan.

Morni berkata, jejak kaki itu ditemui di luar sebuah empangan hidro yang terletak kira-kira 1 kilometer dari air terjun.

Beliau menambah bahawa jabatan itu yakin jejak itu adalah kepunyaan Huntley berikutan kawasan berhampiran empangan itu jarang dikunjungi pelancong dan sehingga kini ia tidak pernah diterokai oleh anggota mencari dan menyelamat.

Beliau menyifatkan penemunaan laluan berkenaan turut termasuk ranting patah, daun yang dipijak dan kesan tapak kaki.

Beliau berkata, pihak berkuasa percaya Huntley, yang dilaporkan sebagai seorang pejalan kaki yang berkebolehan, akan mula mencari sungai sebaik sahaja dia sedar dia sesat dan mungkin akan menyebabnya ke Gunung Kajang. 

"Ia mudah untuk dia untuk terus hidup di sana kerana terdapat banyak sungai air tawar untuk memberikannya tenaga," tambah Morni.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan