Kidex: Suhakam Jadi Perantara, MB Sedia Bincang

Diterbitkan: Rabu, 4 Jun 2014 5:13 PM

Bunting yang digantung di luar Rukun Tetangga kawasan yang terbabit dalam pembinaan Kidex.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan menjadi perantara untuk menyelesaikan masalah penduduk yang terlibat dalam pembinaan Projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) bernilai RM2.2 bilion.

Pesuruhajayanya, James Nagayam berkata, projek itu seharusnya mengikut piawaian antarabangsa dan ia tidak wajar diteruskan kerana melanggar hak asasi penduduk.

"Sebarang projek yang melibatkan komuniti, sudah menjadi tanggung jawab organisasi korporat untuk mendapat persetujuan penduduk.

"Sekiranya pihak terlibat dengan projek berkenaan gagal berbuat demikian, ia melanggar hak asasi manusia," katanya kepda pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan jawatankuasa 'Say No To Kidex' (SNTK)dan penduduk yang terjejas akibat pembinaan Kidex di Rukun Tetangga Pencala pada Rabu.

Sementara itu, seorang penduduk yang dikenali sebagai Fong dan menetap di Seksyen 17 di sini melahirkan rasa kesal terhadap pembinaaan projek lebuh raya berkenaan.

"Kami tinggal di sini sejak berpuluh tahun, jika mereka ambil rumah kami, di mana kami hendak tinggal.

"Saya sudah 70 tahun. Kebanyakan kawan-kawan saya yang tua tinggal di sini. Jika mereka ambil tanah dan rumah ke mana kami mahu tinggal," katanya.

Sementara itu, ahli jawatankuasa SNTK, Selve Sugumaran berkata, kebanyakan penduduk yang hadir pada majlis penerangan tersebut tidak mempunyai makkumat jelas mengenai pembinaan Kidex.

"Pihak kami tidak langsung dimaklumkan mengenai pentaksiran kesan pembangunan projek berkenaan terhadap alam sekitar yang dijalankan oleh pemaju, Kidex Sdn Bhd.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri sedia menjalin kerjasama dengan Suhakam jika ada pihak mendapati projek Kidex melanggar hak asasi manusia.

Beliau berkata, pihaknya bersikap terbuka dengan keprihatinan yang ditunjukkan Suhakam dan terbuka untuk sebarang perbincangan.

"Jika Suhakam rasa itu sebahagian daripada tugas mereka, kita gembira dan terbuka untuk berbincang," katanya.

Tags / Kata Kunci: Suhakam , Kidex , Menteri Besar Selangor

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan