Tunku Sallehuddin Diisytihar Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah

Diterbitkan: Rabu, 4 Jun 2014 2:49 PM

Tunku Sallehuddin

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Sallehhuddin Sultan Badlishah diisytihar sebagai Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah menggantikan Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah yang mangkat 21 Mei lalu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, pelantikan itu diperkenan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan ia berkuat kuasa, bermula 21 Mei 2014.

"Bagi pihak kerajaan negeri, saya mempersembahkan ucapan penghargaan dan setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong di atas pelantikan ini," katanya dalam kenyataan di sini, Rabu.

Almarhum Tunku Annuar, 75, yang merupakan adinda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, mangkat di Hospital Pantai Ipoh, Perak, pukul 12.20 tengah malam 21 Mei lalu.

Pada Disember 2011, Almarhum bersama adindanya, Tunku Sallehuddin dan Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah serta anakanda Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim dilantik menganggotai Jemaah Pemangku Sultan Kedah bagi memastikan pemerintahan negeri berjalan dengan sempurna selepas keberangkatan Tuanku Abdul Halim ke Istana Negara.

Sultan Abdul Halim berangkat ke Istana Negara bagi melaksanakan tugas sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-14 selama lima tahun.


iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan