Ibu Huntley 'Trekking' Di Jalan Dilalui Anaknya

Diterbitkan: Rabu, 4 Jun 2014 9:11 AM

Southwell (kanan) dan teman wanita Huntley, Kit Natariga berjalan pulang dari air terjun Lubuk Teja.

(Ubah saiz teks)

PULAU TIOMAN: Ibu kepada warga Britain, Gareth Huntley yang hilang mengesan jejak langkah anaknya, dengan membuat perjalanan yang panjang sehingga ke air terjun Lubuk Teja bagi mendalami apa yang mungkin dilalui anaknya itu sebelum terus hilang di kawasan itu sejak minggu lalu.

Janet Southwell, yang menggunakan laluan sukar itu dengan seorang pembantu, menyimpulkan bahawa tiada cara yang membolehkan anak lelakinya yang berusia 34 tahun itu sesat atau cedera sewaktu mendaki ke air terjun itu.

Beliau percaya Huntley mungkin merentas masuk lagi ke atas sehingga ke empangan hidro yang boleh didapati di peta laluan di Projek Penyu Juara tetapi tidak tersenarai dalam peta awam.

"Ia tidak begitu sukar. Terdapat batu tongkol di beberapa tempat dan satu atau dua laluan yang boleh mengambil jalan yang salah.

"Tetapi saya rasa Gareth (Huntley) cukup fit. Maksud saya, saya yang tidak cukup fit pun berjaya untuk berjalan ke sini dalam masa satu setengah jam," katanya, sambil menambah bahawa dia mungkin sesat dalam perjalanannya tanpa panduan.

Mendekati air terjun, Southwell berkata, tempat itu cukup indah dan beliau memahami mengapa anaknya itu mahu melawat ke kawasan berkenaan.

"Dia (Huntley) akan bertemu dengan rakan-rakannya untuk aktiviti snorkeling selepas itu dan mempunyai masa lapang menyebabkan dia fikir untuk melihat air terjun itu," katanya.

Tags / Kata Kunci: Janet Southwell , Gareth Huntley

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan