Syor Penstrukturan Kadar Tol Ke Kabinet

Diterbitkan: Selasa, 3 Jun 2014 4:10 PM

Fadillah (kanan) menyampaikan Anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) kepada Juruukur Bahan J54, Roznita Othman semasa Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Kerja Raya 2013 pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syor mengenai rancangan penstrukturan semula kadar tol di negara ini akan dibentangkan ke Kabinet tidak lama lagi, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof.

Beliau berkata, hingga kini kerajaan belum membuat sebarang keputusan muktamad mengenai penstrukturan kadar tol kerana ia melibatkan peruntukan kewangan yang banyak.

"Perkara ini yang perlu diperincikan. Kita akan kemukakan pandangan tersebut ke Kabinet melalui Majlis Tindakan Ekonomi.

"Pandangan tersebut merangkumi implikasi kewangan dan apakah cadangan munasabah yang akan memenangkan bukan sahaja kerajaan, syarikat konsesi dan yang lebih penting memenangkan rakyat," katanya kepada pemberita di selepas menghadiri Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang KKR 2013 di Kompleks Kerja Raya di sini, Selasa.

Ditanya berapakah kos yang perlu ditanggung kerajaan sekiranya Kabinet meluluskan cadangan penstrukturan semula dengan tidak menaikkan kadar tol, Fadillah berkata: "Sebagai contoh bagi satu syarikat konsesi, apabila kerajaan lanjutkan tempoh supaya tiada kenaikan tol...kita terpaksa bayar hampir RM20 bilion.

"Itu baru satu konsesi, kita ada 30 lebuh raya kesemuanya. Dengan RM20 bilion itu kalau bagi kepada Sabah dan Sarawak...boleh selesai (pembinaan lebuh raya) Pan Borneo," katanya.

Selain itu diminta mengulas mengenai desakan Umno Selangor yang mahu dua plaza tol iaitu di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Lebuhraya Persekutuan dihapuskan, Fadillah berkata, kerajaan perlu membuat penilaian yang sewajarnya.

"Sebagai rakyat memang berhak untuk minta (mansuh) tapi kerajaan akan buat keputusan berasaskan beberapa pertimbangan iaitu daripada sudut kewangan.

"Kita juga perlu nilai apakah implikasi kewangan kepada kerajaan bila nak batalkan perjanjian. Bila kita nak mansuhkan, sudah pasti timbul isu pampasan yang perlu bayar kepada syarikat konsesi," katanya.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar pada Sabtu lalu mencadangkan dua tol terbabit dimansuhkan bagi mengatasi masalah kesesakan jalan pada waktu puncak.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan