PAC Mahu SPRM Siasat Projek Terbengkalai

Diterbitkan: Selasa, 3 Jun 2014 1:33 PM

Nur Jazlan Mohamed

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) campur tangan bagi menyiasat isu projek terbengkalai berkaitan polis hingga memberi imej buruk terhadap kerajaan.

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kegagalan menyiapkan projek-projek kerajaan menimbulkan pelbagai keraguan dan persepsi negatif terhadap tender projek terbabit.

"Jabatan Audit Negara perlu melakukan audit terhadap 14 projek terbengkalai termasuk pembinaan Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor yang gagal disiapkan mengikut jadual.

"Saya juga akan menghubungi Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi menyiasat perkara ini jika berlaku kecuaian, ketirisan dan penyelewengan sehingga menyebabkan ia gagal disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang melahirkan kekecewaan kerana terdapat sekurang-kurangnya 14 projek polis di seluruh negara yang bernilai kira-kira RM1 bilion sedang tertangguh.

Mengulas lanjut Nur Jazlan berkata, isu kelewatan pembinaan infrastruktur kerajaan tidak boleh dipandang ringan kerana ia membabitkan kepentingan rakyat.

"Saya tidak faham mengapa soal kelewatan pembinaan projek kerajaan terus berlaku di negara ini, kita bukan baharu membina bangunan kerajaan sebaliknya sudah lebih lima dekad sejak merdeka, jadi mengapa berlaku kelewatan?

"Dimanakah salahnya dan siapakah yang bersalah...seseorang perlu memberikan penjelasan dan memikul tanggungjawab terhadap kelewatan ini,” katanya.

Selain itu Nur Jazlan yang juga Ahli Parlimen Pulai itu berkata PAS akan memanggil semua pihak terbabit bagi memberi keterangan dan membantu siasatan jawatankuasa bebas itu.

"PAC juga mahu tindakan tegas diambil kepada kontraktor yang gagal menyiapkan projek berkenaan mengikut jadual termasuk menyenaraihitamkan syarikat terbabit daripada mendapat semua projek kerajaan," katanya.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan