Tragedi MH370: Mendesak Pakar Hasilkan Sistem Pengesan Terbaik

Diterbitkan: Selasa, 3 Jun 2014 11:23 AM

(Ubah saiz teks)

DOHA: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berpendapat kehilangan MH370 membawa kepada satu keperluan yang mendesak untuk merangka sistem pengesan terbaik.

Ketua Pengarah merangkap Ketua Pengarah Eksekutif IATA, Tony Tyler berkata, IATA, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan pakar dari seluruh dunia bekerjasama dalam mencari pilihan terbaik bagi menambah baik pengesanan pesawat global.

"Draf cadangan berhubung perkara itu akan diusulkan kepada ICAO pada September ini," katanya di sini.

Tyler berkata, ia mungkin mengambil masa beberapa tahun sebelum sesuatu sistem diguna pakai dan bukannya akan berlaku dalam sekelip mata.

Menurutnya, beberapa syarikat penerbangan mungkin mampu memperkenalkan sistem pengesanan lebih awal tetapi mesti ada satu sistem global yang konsisten dan juga tidak ada persetujuan sejagat mengenai isu itu.

MH370 hilang sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan masih tidak dijumpai sehingga kini walaupun usaha pencarian antarabangsa yang melibatkan lebih dari 12 negara, terutamanya di Lautan Hindi.

"Data komprehensif kini membantu menambah baik sistem keselamatan," katanya.

Katanya, projek Pengurusan Data Penerbangan Global (GADM) oleh IATA membina sumber maklumat operasi yang terbesar di dunia dengan data dari pelbagai penyumbang global seperti kerajaan dan industri.

"Matlamat utama kami adalah untuk meramalkan potensi kemalangan dan memastikan bahawa ia tidak berlaku. Ini bukan fiksyen sains. Setiap sumbangan data yang baru dan setiap peningkatan keupayaan analitikal sedang bergerak lebih dekat kepada realiti," katanya.

Selain itu, beliau juga berikrar bahawa kehilangan pesawat komersial seperti nahas MH370 tidak boleh berulang lagi.

Katanya, misteri kehilangan pesawat Boeing 777 itu adalah peristiwa yang belum pernah berlaku dan industri penerbangan digesa menumpukan usaha mencari pesawat itu, bukan menumpu kepada penstriman data.

"Mengesan pesawat adalah langkah pertama yang paling penting dalam usaha mengelakkan kehilangan yang serupa pada pesawat lain," katanya.

Tags / Kata Kunci: IATA , ICAO , Tony Tyler , MH370

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan