Jalan Ke Puncak Bukit Larut Rosak Akibat Hujan Lebat

Diterbitkan: Selasa, 3 Jun 2014 11:55 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Sebahagian jalan menuju ke puncak Bukit Larut di Kilometer 8 Batu Lima rosak teruk ekoran hujan lebat tanpa henti selama hampir empat jam pada Isnin.
 
Setiausaha Keselamatan Daerah di Pejabat Tanah dan Daerah Larut, Matang dan Selama, Zailani Hashim berkata hujan lebat mulai pukul 2.30 petang itu menyebabkan aliran air deras mengalir ke lereng bukit dari puncak destinasi pelancongan itu. 

Ia sekaligus menghakis tanah di kawasan tersebut sebelum tanah di situ rebak, katanya ketika dihubungi di sini Selasa.

Beliau berkata, Jabatan Kerja Raya daerah berkenaan kini sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan serta baik pulih laluan tersebut.

Justeru itu, laluan menuju ke puncak Bukit Larut ditutup kepada kenderaan sehingga kerja baik pulih selesai, katanya. 

Zailani berkata pada masa sekarang hanya pejalan kaki dibenarkan mengguna laluan itu. 

Bukit Larut, juga dikenali sebagai Bukit Maxwell, terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Taiping, dekat sini dan lebih kurang 1,036 meter dari paras laut. 

Ia adalah pusat peranginan pertama dan tertua di Malaysia. 

Tags / Kata Kunci: jalan , puncak Bukit Larut , rosak

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan