Kontroversi Hudud Antara Punca Kekalahan DAP Di Teluk Intan

Diterbitkan: Selasa, 3 Jun 2014 8:19 PM

Gobind Singh Deo.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kontroversi pelaksanaan hukum hudud PAS 'menyumbang' kepada kekalahan DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, kata Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata analisis awal mendapati Pakatan Rakyat kehilangan kira-kira 25 peratus undi bukan Melayu dan fenomena itu perlu diberi perhatian.

"Kebanyakan mengandaikan punca kekalahan itu disebabkan jumlah pengundi keluar mengundi rendah tetapi terdapat beberapa faktor lain yang perlu diambil kira.

"Saya berpendapat, kontroversi berhubung pelaksanaan hudud oleh PAS, menyumbang kepada kekalahan di Teluk Intan," kata Gobind dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pada PRK Teluk Intan, calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud tewas kepada Datuk Mah Siew Keong dari Barisan Nasional dengan 238 undi.

Gobind berkata, walaupun DAP berterima kasih kepada PAS di atas usaha keras sepanjang kempen ini, parti Islam itu tetap tegas dengan pendirian mereka mengenai hudud.

Beliau berkata PAS akan membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan hudud di Parlimen pada September walaupun DAP membantah keras tindakan itu.

"Bagi saya, perkara itu bermain di fikiran kebanyakan pengundi kerana ramai tidak menyokong hudud.

"Ini menyumbang kepada protes undi secara senyap terhadap Pakatan," katanya.

Gobinda berkata, kebanyakan pengundi berasa keliru untuk menyokong PAS dan oleh itu, mereka sangsi mengenai sokongan terhadap Pakatan.

Katanya, walaupun yakin DAP membuat keputusan terbaik dengan mencalonkan Dyana, ia tidak cukup memadamkan keperluan untuk mendapat penjelasan mengenai isu hudud.

"Akhirnya, ia menyekat keupayaan kita untuk bergerak, memberi inspirasi dan motivasi kepada rakyat.

"Kesan negatif isu seperti hudud perlu dirasai dan difahami menerusi kekalahan ini," katanya.

Jelas beliau, jika Pakatan gagal menyelesaikan masalah ini, kesannya akan 'lebih membinasakan'.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan