Terima Kasih, Keadaan Saya Bertambah Baik - Abdul Hadi

Diterbitkan: Selasa, 3 Jun 2014 12:16 PM

Keadaan Abdul Hadi yang bertambah baik ketika berada di hospital di Turki. Foto facebook Abdul Hadi Awang

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang dimasukkan di sebuah hospital Istanbul kerana mengalami masalah pernafasan berkata, keadaan beliau bertambah baik selepas beberapa hari menjalani pengawasan perubatan dan rehat.

Dalam satu kenyataannya di Facebook, Ahli Parlimen Marang berusia 67 tahun itu turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraannya.

"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya, memberikan bantuan dan kata-kata semangat sepanjang saya mengalami masalah kesihatan semasa di Istanbul ini.

"Alhamdulillah saya dapat merasakan kesihatan saya bertambah baik. Saya juga berdoa agar Allah SWT memberikan kesihatan ini untuk meneruskan usaha membawa amanah dari Allah SWT. Terima kasih semua," katanya.

Di dalam Facebook Abdul Hadi turut disiarkan gambar beliau yang memakai pakaian pesakit hospital warna biru, dengan memberi senyuman dan lambaian.

Abdul Hadi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rhu Rendang di Terengganu berada di Istanbul bagi menghadiri Kongres Antarabangsa Komuniti Kesatuan Muslim pada Jumaat lalu ketika beliau mengalami masalah pernafasan dan dikejarkan ke hospital.

Tags / Kata Kunci: Abdul Hadi Awang , masalah pernafasan

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan