Cermin Gelap: Keputusan Belum Muktamad - Ab Aziz

Diterbitkan: Selasa, 3 Jun 2014 7:28 PM

Kadar telus cahaya yang baharu akan diketahui dalam masa terdekat.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kadar telus cahaya pada cermin kenderaan yang baharu belum dimuktamadkan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi.

Beliau berkata, usul yang dibentangkan di Bengkel Kajian Semula Peraturan Penggunaan Cermin Gelap bagi kenderaan itu akan dikemukakan kepada Pemangku  Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien sebelum diputuskan.

"Keputusan mengenainya akan diketahui dalam masa terdekat ini dan peraturan baharu itu akan berkuatkuasa serta merta," katanya pada sidang media di Kementerian Pengangkutan di sini, Selasa.

Bengkel yang diadakan di Shah Alam mencadangkan supaya dikekalkan kadar ketelusan cahaya (VLT) sebanyak 70 peratus untuk cermin depan dan mengekalkan 50 peratus untuk cermin sisi pemandu.

Selain itu, untuk cermin penumpang belakang dan lain-lain cermin pula disyorkan sebanyak 30 peratus iaitu pengurangan dari VLT asal iaitu 50 peratus.

Ab Aziz berkata, ketika ini, usul pada bengkel itu masih diperingkat cadangan sehingga mendapat pertimbangan pemangku menteri.

Bengkel bermula Isnin itu dihadiri seramai 100 orang peserta termasuk agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan swasta.

Pembentangan mengerjakan pandangan-pandangan dari pelbagai sudut pengguna jalan rays dan orang awak yang berkaitan cermin gelap.

Sebelum ini peraturan penggunaan cermin gelap VLT iaitu 70 peratus cermin depan manakala 50 peratus cermin sisi dan belakang.


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan