Bengkel Syor Kadar VLT Cermin Belakang Dikurangkan Kepada 30 Peratus

Diterbitkan: Selasa, 3 Jun 2014 9:45 PM

Ab Aziz Kaprawi.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bengkel kajian semula peraturan penggunaan cermin gelap bagi kenderaan mengesyorkan kadar ketelusan cahaya (VLT) cermin sisi penumpang belakang dan cermin belakang dikurangkan kepada 30 peratus dari 50 peratus sebelum ini. 

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata bengkel yang bermula Isnin sehingga Selasa juga mengesyorkan VLT cermin depan sebanyak 70 peratus dan cermin sesi pemandu, 50 peratus dikekalkan. 

"Esok (Rabu) saya akan kemukakan kepada Pemangku Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) untuk pertimbangan. 

"Jika diterima akan dikuatkuasa serta merta," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini Selasa.

Bengkel tersebut berlangsung di Holiday Inn Glenmarie Kuala Lumpur, dihadiri seramai 100 peserta yang merangkumi agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta swasta. 

Pada hari pertama, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) serta Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) membentangkan kertas masing-masing.
 
Aziz berkata cadangan pengurangan tersebut juga untuk tujuan keselamatan.

Sebagai contoh, katanya, pemandu bimbang sekiranya kenderaan bercermin gelap berhampiran mereka dan individu di dalamnya tidak dapat dilihat. 

"Pihak penguat kuasa juga dapat melaksanakan penguatkuasaan dengan lebih mudah, iaitu dapat melihat sama ada pemandu memakai tali pinggang keledar," katanya. 

Beliau berkata jika syor tersebut diterima, JPJ akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam menyeragamkan kadar peratusan filem cermin gelap di pasaran sebelum penguatkuasaan dijalankan. 

Tambahnya, pihaknya juga tidak akan berkompromi dalam hal ini terutama terhadap kenderaan import yang memang sedia menggunakan filem cermin gelap luar dari undang-undang. 

Aziz berkata bengkel itu juga mencadangkan supaya penjual aksesori cermin gelap mempunyai alat menguji VLT dan ia perlu dikaliberasi setiap 12 bulan. 

Tags / Kata Kunci: cermin gelap , Aziz Kaprawi , VLT , JPJ

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan