Kerajaan Pusat Beri Pertimbangan Terbaik Ke Atas Permintaan Royalti Minyak Sarawak - PM

Diterbitkan: Isnin, 2 Jun 2014 9:56 PM

Najib Tun Razak.

(Ubah saiz teks)

MIRI: Kerajaan Persekutuan akan memberi pertimbangan yang terbaik terhadap permohonan Sarawak untuk mendapatkan royalti lebih tinggi bagi hasil minyak dan gas dari negeri ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Beliau berkata kerajaan pusat tidak mempunyai sebarang masalah untuk merundingkan apa-apa perkara dengan kerajaan Sarawak berhubung kepentingan negeri ini.

"Kerajaan Pusat akan memberi pertimbangan yang sehabis baik tentang perkara (permintaan royalti lebih tinggi) ini," katanya semasa berucap dalam majlis Rumah Terbuka Malaysia Gawai Dayak 2014 di Dataran Kipas di sini Isnin.

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem turut hadir dalam majlis itu.
 

Najib berkata demikian bagi mengulas ucapan Adenan sebelum itu yang meminta beliau memberi pertimbangan yang sewajarnya ke atas permintaan itu.

Dewan Undangan Negeri Sarawak yang bersidang Mei lepas meluluskan usul khas meminta kerajaan pusat mengkaji semula pemberian royalti hasil minyak dan gas negeri ini supaya ditingkatkan daripada lima peratus sekarang kepada 20 peratus.

Najib berkata pertimbangan kerajaan pusat tidak hanya berkenaan dengan permintaan pertambahan royalti sahaja tetapi turut mengambil kira peruntukan dana lebih tinggi bagi negeri ini.

Katanya Sarawak telah mencapai tiga bentuk kejayaan semenjak merdeka menerusi penubuhan Malaysia lebih 50 tahun lepas.

Menurutnya kejayaan itu adalah dalam membangunkan masyarakat berbilang kaum yang mencerminkan ciri-ciri keharmonian dan kesepaduan sosial, kestabilan politik dan pembangunan mampan yang berterusan.

"Saya memang ada 'soft spot' tentang Sarawak dan saya mahu Sarawak terus maju, membangun dan berjaya," katanya.


Tags / Kata Kunci: royalti minyak , sarawak , Najib Tun Razak

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan