Panggilan YB: Ahli Parlimen Beri Pandangan Berbeza

Diterbitkan: Isnin, 2 Jun 2014 1:09 PM

Rafizi (kiri) dan Anuar mempunyai pandangan berbeza mengenai gelaran YB.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Memanggil seseorang ahli Parlimen dengan panggilan 'YB' atau 'Yang Berhormat' di luar Dewan Rakyat dilihat tidak lagi sesuai dengan zaman.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli berkata, walaupun gelaran tersebut sudah lama diamalkan, ia wajar dihentikan kerana ia seolah-olah menggambarkan satu kedudukan masyarakat dalam sistem feudal.

"Saya rasa jika panggilan YB berterusan ia seperti mengamalkan sistem feudal, seolah-olah kita berada dalam zaman bangsawan.

"Sebarang panggilan, gelaran untuk ahli Parlimen akan memberi ruang kepada seseorang wakil rakyat itu menyalahgunakan kuasanya seolah-olah mereka ada hak dengan kuasa dan gelaran yang mereka ada," katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.

Ahli Parlimen Pandan ini berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Padang Serai, N.Surendran pada Isnin yang menggesa amalan panggilan YB di luar Dewan Rakyat dihentikan.

Menerusi kenyataannya, Surendran berkata dalam tatanegara bebas dan demokratik, wakil rakyat tidak harus meletakkan diri mereka lebih tinggi dari rakyat melalui gelaran.

Beliau juga memberi contoh negara-negara komanwel lain yang tidak menggunakan sebarang gelaran untuk mana-mana penggubal undang-undang yang dipilih rakyat.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata beliau melihat panggilan naib presiden parti itu adalah wajar walaupun kenyataan tersebut bukan merupakan keputusan bersama ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Rafizi menambah, perkara ini mungkin tidak menjadi satu masalah besar kepada mereka yang sudah lama menjadi ahli Parlimen tetapi berbeza dengan wakil rakyat yang baharu mendapat mandat daripada rakyat, termasuklah dirinya sendiri.

"Mungkin kami yang muda-muda ini yang kurang selesa dipanggil YB, tapi saya akui susah untuk mengubahnya sebab sudah jadi budaya dalam masyarakat kita.

"Mula-mula saya jadi ahli Parlimen dulu saya selalu minta orang panggil saya nama atau panggil encik sahaja, tapi mereka panggil YB juga...lama-lama saya dah tak larat nak tegur.

"Tapi masih ramai juga yang panggil nama sahaja walaupun saya ahli Parlimen. Saya tak kisah...panggilan bukan satu isu bagi saya," katanya.

Mengulas perkara yang sama, Ahli Parlimen Sekijang (BN) Anuar Abd Manap berkata rakyat yang memanggil ahli Parlimen dengan gelaran YB tidak harus dipertikai.

"Kita adalah wakil yang mereka pilih, mereka percaya dan mereka rasakan layak untuk gelaran tersebut. 

"Kalau tak mahu panggil YB pun terpulang sebab rakyat ada macam-macam jenis, tapi kalau mereka tak sayangkan kita mereka takkan panggil kita YB," katanya.

Beliau berkata, panggilan YB itu juga menunjukkan satu petanda positif bahawa rakyat kenal dengan ahli Parlimen mereka.

"Saya rasa panggilan YB sama di dalam atau luar dewan biarlah kekal, tak timbul masalah apa pun.

"Kalau tak panggil (YB) pun kita tak pernah marah," tegasnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Temerloh (PAS), Nasrudin Hassan pula berpendapat panggilan dan gelaran untuk seseorang ahli Parlimen tidak penting kerana apa yang lebih utama ialah tanggungjawab yang dipikulnya.

"(Panggilan) terpulang kepada pandangan dan pendapat masing-masing.

"Ia satu gelaran yang sudah diiktiraf tetapi yang penting wakil rakyat menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan betul," katanya.

Beliau yang pertama kali menjadi wakil di Dewan Rakyat bagi penggal ini berkata, dalam situasi tertentu, gelaran kemuliaan itu akan menjadikan seseorang itu leka dan lalai.

Tags / Kata Kunci: YB , Yang Berhormat , gelaran

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan