RM236 Juta Diperuntukkan Untuk Naik Taraf Jalan Di Baram - PM

Diterbitkan: Isnin, 2 Jun 2014 4:33 PM

Najib mencuba alat sumpit ketika menghadiri sambutan perayaan Gawai Dayak di rumah panjang masyarakat Kayan di Long Silat, Bekenu dekat Miri pada Isnin. - fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

MIRI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan peruntukan segera bernilai RM236 juta untuk kerja penaik tarafan jalan raya di daerah Baram, utara Sarawak.

Beliau menyerahkan 'hadiah Gawai' itu kepada penduduk kampung di Ulu Baram pada Isnin ketika berkunjung ke rumah panjang Long Silat, lokasi yang mengambil masa selama sembilan jam menggunakan laluan kayu balak dari sini.

"Peruntukan dari Kerajaan Persekutuan itu bertujuan untuk membantu memperbaiki keadaan jalan raya di pedalaman dari Baram ke Miri.

"Kami prihatin mengenai keperluan penduduk di pedalaman Sarawak dan kami sentiasa membantu memperbaiki taraf ekonomi sosial dan kehidupan penduduk di sini," katanya di hadapannya 3,000 penduduk kampung yang berkumpul di rumah panjang tersebut.

Najib dalam rangka lawatan tiga hari ke Sarawak untuk meraikan sambutan perayaan Gawai Dayak.

Beliau turut akan akan menghadiri sambutan perayaan Gawai Dayak peringkat kebangsaan yang akan diadakan di bandaraya Miri.

Najib berkata, Kerajaan Persekutuan turut akan memperuntukkan RM26 juta tambahan untuk kerja-kerja penambahbaikan empangan mirkro di rumah panjang Long Payah seperti yang diminta oleh penduduk di kampung tersebut.

Beliau melahirkan harapan agar penduduk di Baram akan terus membelikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional (BN) supaya parti itu dapat mencatatkan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun hadapan.


Tags / Kata Kunci: PM , Baram , Sarawak

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan