Pemilihan PKR Kecoh Lagi, Calon Dakwa Tidak Tahu Dirinya Bertanding

Diterbitkan: Isnin, 2 Jun 2014 8:52 AM

Bekas Timbalan Ketua PKR Cabang Sungai Petani, Ishak Man (kanan) dan Mohd. Sharmizi Nizam Abdul Rahim (dua, kanan) mengatakan sesuatu kepada Pengawas Pemilih Sungai Petani Zainal Abidin Samad (kiri) ketika berlangsungnya proses pemilihan, Ahad.

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Pemilihan PKR untuk jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang Sungai Petani tergendala sekali lagi pada Ahad selepas ahli parti itu mendakwa beliau tidak mengetahui dirinya bertanding untuk jawatan tersebut.

Mohd Sharmizi Nizam Abdu Rahim, 34, berkata beliau terkejut mendapat tahu namanya telah dimasukkan dalam senarai calon untuk Ketua AMK cabang Sungai Petani.

"Saya hanya diberitahu mengenainya pada waktu pagi oleh beberapa rakan saya dalam parti bahawa nama saya ada dalam senarai calon," kata Sharmizi di pusat mengundi di Dewan Serbaguna Taman Sejati Indah di sini pada Ahad.

Katanya, beliau telah menamakan dirinya sendiri untuk jawatan ketua AMK cabang itu pada pilihan raya pertama yang diadakan pada 3 Mei lalu, tetapi telah ditolak kerana masalah teknikal.

"Saya terima keputusan itu dan membuat keputusan untuk menyokong calon lain iaitu S.Arvind Kumar," katanya.

Semasa pilihan raya cabang itu, Arvind, 31, kecewa selepas namanya tiada dalam senarai, menyebabkan pesaingnya, Adun Bakar Arang, Simon Ooi, menang tanpa bertanding.

Walau bagaimanapun, selepas banyak bantahan, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) memutuskan untuk menangguhkan pilihan raya bagi ketua AMK cabang itu ke tarikh lain.

Sharmizi berkata, mereka tidak akan menerima keputusan pemilihan itu.

"Apa yang mereka lakukan sekarang adalah lebih buruk daripada apa yang Barisan Nasional lakukan. Ia sangat keji."

"Kami mahu pilihan raya cabang ini dibatalkan atau ditunda sekali lagi," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengawas Pemilih Sungai Petani Zainal Abidin Samad berkata beliau ada menerima aduan tetapi pemilihan akan dijalankan seperti biasa.

"Saya tidak mempunyai bidang kuasa untuk menghentikan pilihan raya ini kerana jawatankuasa pemilihan parti yang akan membuat keputusan akhir," katanya di pusat mengundi.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan