LHDN Gesa Majikan Potong Gaji Lunaskan Tunggakan Cukai

Diterbitkan: Isnin, 2 Jun 2014 5:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mengeluarkan satu Arahan Potongan Gaji (Arahan CP38) terhadap pekerja yang mempunyai tunggakan cukai, mulai 16 Jun ini.

Menurut kenyataan LHDN di sini Isnin, sehingga 24 Mei lalu rekod LHD Nmenyasarkan sebanyak 156,158 orang pembayar cukai individu akan menerima Arahan CP38 berkenaan melibatkan amaun tunggakan cukai hampir RM418juta.

"Para majikan dikehendaki membuat potongan tambahan secara ansuran bulanan terhadap pekerjanya.

"Arahan CP38 ini akan berkuat kuasa mulai gaji Julai sehingga Disember tahun ini dan satu salinan akan diserahkan kepada pembayaran cukai melalui e-mel atau perkhidmatan pos untuk rekod percukaian mereka," menurut kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Pusat Panggilan LHDN di talian 1-800-88-5436 atau Cawangan LHDN yang mengendalikan fail cukai tersebut.
Tags / Kata Kunci: LHDN , tunggakan cukai , Arahan CP38

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan