Khairy Enggan Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada DAP - Berita Semasa | mStar

Khairy Enggan Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada DAP

Diterbitkan: Isnin, 2 Jun 2014 5:28 PM

Khairy menyampaikan anugerah kepada pelajar terbaik Siti Noor Aishah Kamarudin pada majlis Konvokesyen IKBN di Putrajaya, Isnin. foto MOHD SAHAR MISNI/The Star

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin tidak akan memohon maaf secara terbuka kepada DAP berhubung bantahan yang dilakukan oleh ahli sayap itu dua minggu lalu yang berang terhadap kenyataan sensitif dikeluarkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, R.S.N Rayer.

Sebaliknya, Khairy menegaskan permohonan maaf peribadinya kepada Ahli Parlimen Ong Kian Ming (DAP) adalah mencukupi dan ahli-ahli yang terlibat sedang disiasat oleh lembaga disiplin parti.

Terdahulu, Ong mengulas mengenai permohonan maaf yang dihantar melalui Twitter tidak boleh diterima.

Oleh itu, beliau meminta Khairy untuk memohon maaf secara terbuka.

"Sama ada ia peribadi atau secara terbuka, ia adalah sama. 

"Saya sudah katakan, saya memohon maaf dan menawarkan untuk membayar kerosakan untuk perkara itu, dan saya percaya ia mencukupi," kata Khairy ketika ditemui oleh pemberita pada majlis konvokesyen ke-10 Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, Isnin.

Sekumpulan ahli pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengadakan bantahan di hadapan ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur pada 22 Mei lalu di mana papan tanda DAP rosak dalam insiden tersebut.

Insiden itu berlaku selepas ahli pemuda Umno Pulau Pinang merempuh pagar utama Dewan Undangan Negeri (DUN) itu dan memasuki dewan untuk mencari Rayer yang tiada di sana pada ketika itu.

Satu lagi kumpulan yang dikenali sebagai Gabungan Pemuda Melayu Kuantan turut membaling telur ke pintu pejabat DAP di Kuantan kerana berang dengan kenyataan Rayer.

Polis mengambil keterangan daripada beberapa ahli pemuda Umno dan mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

Tags / Kata Kunci: Khairy , Pemuda Umno , DAP , Ong Kian Ming , mohon maaf
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan