Keluarga Huntley Terhutang Budi Kepada PM Britain & Rakyat Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 2 Jun 2014 7:21 AM

Gareth Huntley

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Keluarga warga Britain Gareth Huntley, yang hilang, menyampaikan ucapan terima kasih secara ikhlas kepada Perdana Menteri Britain David Cameron dan Setiausaha Pertahanan Philip Hammond kerana memberi respons terhadap permintaan mereka untuk memperhebatkan usaha mencari.

Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada kepada kerajaan Malaysia atas usaha itu.

Dalam kenyataan di sini, keluarga itu berkata, "Semalaman, Pejabat Luar & Komanwel Britain (FCO) memberitahu bahawa mereka bekerjasama dengan Tentera Malaysia untuk memperhebatkan usaha mencari dengan segera." 

Gareth David Huntley, 34, seorang anggota sukarelawan, masuk kawasan hutan seorang diri untuk mengunjungi kawasan air terjun di Pulau Tioman pada pagi 27 Mei.

Beliau memberitahu rakan-rakan sukarelawan di ibu pejabat projek penyu yang berhampiran bahawa beliau akan kembali menjelang pukul 2 petang hari yang sama tetapi tidak pulang sejak itu.

Ahli keluarganya, Mark Huntley berkata: "Kami amat berterima kasih kepada Cameron dan Hammond atas respons dan jaminan untuk membantu polis dan anggota mencari yang berjanji untuk menyelaraskan usaha menggunakan pemetaan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).

Mark berkata: "FCO memberitahu kami bahawa mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan pihak berkuasa bagi menangani isu itu dengan segera". 

"Mereka berkata bahawa Hammond telah menghubungi Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang berkata mereka memandang serius isu kehilangan warga Britain itu," kata Mark.

Pasukan mencari profesional sekarang dikerah termasuk 10 anggota komando para tentera, lima pegawai polis, tiga anggota polis unit anjing pengesan bersama dua ekoran anjing dan tiga pegawai pertahanan awam.

Pasukan bomba dan penyelamat mengandungi lapan anggota, dua bot peronda Merlin dan sebuah helikopter juga dikerah dalam operasi mencari.

FCO telah melantik diplomat tempatan Karen Song untuk menyelaraskan usaha mencari dari daratan. Beliau tiba di Pulau Tioman pada pukul 10.15 pagi GMT (Ahad).
Tags / Kata Kunci: Gareth Huntley

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan