Tunku Abdul Aziz Ramal Dyana Tinggalkan DAP

Diterbitkan: Isnin, 2 Jun 2014 8:12 PM

Dyana Sofya Mohd Daud.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas naib presiden DAP pada Isnin berkata beliau percaya Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP yang kalah dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan Sabtu lepas, akan meninggalkan parti pembangkang itu.

Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata beliau membuat ramalan itu berdasarkan pengalaman sendiri ketika bersama DAP.
 
Beliau menyertai parti itu pada Ogos 2008 dan meletak jawatan pada Mei 2012.

Tunku Abdul Aziz berkata beliau percaya Dyana Sofya, 27, menganggotai DAP kerana yakin ia sebuah parti pelbagai kaum.

"Jika kelak beliau mendapati ia bukan parti pelbagai kaum, terserahlah kepadanya (untuk meninggalkan parti itu). 

"Beliau menyertai DAP kerana mempunyai kepercayaan penuh terhadap parti itu," kata Tunku Abdul Aziz.

Dyana Sofya tewas dengan 238 undi kepada presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, 53, daripada Barisan Nasional (BN) dalam pertandingaan satu lawan satu bagi merebut kerusi Parlimen Teluk Intan. 

Pada pilihan raya umum lepas, DAP memenangi kerusi itu dengan lebih 7,000 undi.

Ditanya sama ada perjalanan Dyana Sofya dalam DAP sama seperti laluan yang telah ditempuhinya, Tunku Abdul Aziz berkata beliau dijemput menyertai parti itu bukan untuk diberi kedudukan atau platform tetapi untuk memerangi rasuah.

"Saya tertarik dengan idea memerangi rasuah, bukan untuk menentang kerajaan seperti yang mereka lakukan. Saya menyertainya untuk kebaikan negara dan masyarakat," katanya.

Setelah menyertai parti itu, Tunku Abdul Aziz dilantik sebagai naib presiden dan pada 31 Mei 2009, beliau lantik sebagai senator untuk mewakili Pulau Pinang.

Pada Mei 2012, beliau mengumumkan meletak jawatan daripada parti itu dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian DAP mengenai perhimpunan Bersih 3.0, yang antara lain, menuntut pilihan raya diadakan secara bebas dan adil.

Tags / Kata Kunci: Dyana Sofya , DAP , Tunku Abdul Aziz

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan