Gelandangan Dinasihat Serah Anak Kepada JKM

Diterbitkan: Isnin, 2 Jun 2014 6:11 PM

Gambar hiasan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Golongan gelandangan yang mempunyai anak hari ini disaran menyerahkan segera anak-anak mereka kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) demi perlindungan dan kehidupan mereka yang sempurna. 

Beberapa tokoh masyarakat berkata, langkah sedemikian amat perlu demi mengelakkan anak-anak yang masih kecil itu hidup dalam persekitaran tidak sihat dan terjebak dalam dunia pelacuran, penagihan dadah dan jenayah. 

Penganalisis Jenayah Datuk Akhbar Satar berkata gelandangan yang merempat di sekitar ibu kota perlu sedar bahawa kanak-kanak di bawah pengawasan JKM bukan 'didera' sebagaimana anggapan mereka. 

"Malah (anak-anak itu) akan berdisiplin selain diberi pendidikan yang secukupnya bagi menjadi insan berguna kepada masyarakat dan negara pada masa depan. 

"Serahkan kepada JKM. Sekurang-kurangnya kanak-kanak itu dapat keperluan harian - makanan, minuman dan pendidikan," katanya.

Akhbar menyifatkan kedegilan ibu bapa gelandangan untuk menyerahkan anak kepada JKM adalah satu penganiayaan kepada anak-anak yang tidak berdosa itu.
Tags / Kata Kunci: gelandangan , JKM

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan