Tiga Sebab DAP Kalah PRK Teluk Intan

Diterbitkan: Ahad, 1 Jun 2014 2:14 PM

Lim Guan Eng

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Ahad menyebut tiga sebab mengapa parti itu kalah dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, selepas analisis awal dibuat.

"Yang pertama disebabkan oleh peratusan pengundi yang keluar mengundi adalah rendah berbanding pilihan raya umum.

"Kedua, ia disebabkan oleh ancaman politik, bukan sahaja keganasan tetapi juga ancaman dalam 'pembangunan politik', seperti 'jika anda tidak mengundi untuk menteri, anda akan dinafikan pembangunan'.

"Ketiga, Dyana (Dyana Sofya Mohd Daud) masih terlalu baru. Beliau hanya diperkenalkan kepada pengundi selama dua minggu.

"Mungkin, pengundi tidak banyak masa untuk mengenali beliau," kata Lim pada sidang akhbar di Dewan Dato Haji Ahmad Badawi di Butterworth selepas majlis penyampaian hadiah perlumbaan Penang Run 2014-2015 pada Ahad.

Lim berkata parti itu tidak menafikan terdapat penurunan sokongan daripada pengundi di Teluk Intan.

"Undi Cina merosot 15 peratus dan undi India mengalami penurunan sebanyak 11 peratus tetapi undi Melayu meningkat sebanyak tiga peratus.

"Yang pastinya mereka yang keluar mengundi berkurangan. Kehadiran pengundi yang lebih rendah menyebabkan kita kehilangan majoriti 7,000.

"Sekiranya pengundi luar pulang untuk mengundi, 90 peratus dan ke atas mengundi DAP seperti yang ditunjukkan dalam pilihan raya lepas.

"Jika satu peratus daripada mereka pulang, kita akan menang," tambah Lim.

Lim berkata parti itu akan menjalankan siasatan terperinci mengenai PRK Teluk Intan.

PRK Teluk Intan mencatatkan 66.67 peratus pengundi keluar mengundi jumlah atau seramai pengundi 40,236, termasuk pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi tidak hadir.

Semasa PRU-13, 80.7 peratus atau 48,839 pengundi telah mengundi di Teluk Intan.

Datuk Mah Siew Keong dari Barisan Nasional memenangi kerusi itu dalam pertandingan satu lawan satu dengan Dyana Sofya Mohd Daud daripada DAP.

Mah mendapat 20,157 undi manakala Dyana Sofya mendapat 19,919 undi, dan terdapat 543 undi rosak.
Tags / Kata Kunci: Lim Guan Eng , DAP

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan