Suami Rafidah Aziz Meninggal Dunia

Diterbitkan: Ahad, 1 Jun 2014 9:22 AM

Tan Sri Mohamed Basir Ahmad

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Bekas pengerusi Maybank, Tan Sri Mohamed Basir Ahmad meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada 3.51 pagi Ahad.

Tokoh perbankan terkenal itu meninggalkan isteri, Tan Sri Rafidah Aziz, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, seorang anak lelaki Alfian, dua anak perempuan Rohaiza dan Rohaila serta lima cucu.

Menurut Alfian, jenazah Mohamed Basir, 75 akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan tengah hari Ahad.

Beliau berkata, bapanya dimasukkan ke hospital itu pada petang Jumaat.

Sebaik tiba, jenazahnya akan dibawa ke Masjid Umar Al-Khattab, Bukit Damansara untuk disembahyangkan, sebelum dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Sementara itu, ketika dihubungi, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura Datuk Husni Zai Yaacob berkata, Mohamed Basir meninggal dunia kerana serangan jantung dan suruhanjaya tinggi itu sedang membuat persiapan untuk membawa pulang jenazah Allahyarham ke Kuala Lumpur.

Mohamed Basir menjadi pengerusi Maybank selama 16 tahun, bermula sebagai pengarah pada 5 Ogos 1993 selepas berkhidmat sebagai penasihat Bank Negara Malaysia sejak 1980.

Beliau dilantik sebagai pengerusi Maybank pada 9 Oktober 1993. 





iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan