Sambung Projek Tebatan Banjir Yang Tertangguh - Mah

Diterbitkan: Ahad, 1 Jun 2014 3:33 PM

Peniaga di Pasar Besar Pasir Bedamar meminta Ahli Parlimen Teluk Intan yang baharu memasang kipas angin untuk keselesaan mereka.

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Ahli Parlimen Teluk Intan yang baharu, Datuk Mah Siew Keong mahu meneruskan pelaksanaan projek tebatan banjir yang tertangguh selepas kekalahannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

Projek bernilai RM100 juta yang dirancang untuk dibangunkan dalam lima fasa, hanya mampu dibangunkan sebanyak dua fasa dengan kos RM30 juta, sebelum beliau yang juga ahli Parlimen kawasan itu sejak PRU 1999, kalah pada 2008.

"Pembinaan kedua-dua fasa itu mampu mengurangkan masalah banjir kilat di kawasan bandar dan kampung di Teluk Intan sebanyak 80 hingga 90 peratus.

"Pihaknya juga akan menyusun semula pelaksanaan janji-janji yang dibuat dalam manifesto parti yang dilancarkan Isnin lepas," katanya selepas berjumpa pengundi di Pasar Besar di sini untuk mengucapkan terima kasih di atas pemilihannya sebagai Ahli Parlimen Teluk Intan pada pilihan raya kecil yang berlangsung pada Sabtu.

Siew Keong berkata, segala perancangan pembangunan itu memerlukan masa, tetapi akan dilaksanakan secara berperingkat.

Manifestonya turut memfokuskan tiga perkara utama iaitu transformasi ekonomi tempatan, pelancongan dan pembangunan komuniti termasuk menjadikan Teluk Intan sebagai pusat pertanian moden di daerah Hilir Perak kerana berpotensi di dalam sektor itu.

Beliau juga akan berusaha menarik lebih banyak pelaburan ke kawasan itu, terutamanya dalam bidang perkilangan dan pembuatan yang secara tidak langsung akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan, terutama generasi muda.

Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen Teluk Intan setelah mengalahkan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dengan majoriti undi yang kecil iaitu sebanyak 238.

Presiden Gerakan itu memperoleh 20,157 undi berbanding Dyana Sofya, mendapat 19,919 undi.

Sementara itu, pengundi Teluk Intan yang temui tidak sabar  melihat pembangunan dibawa semula ke kawasan ini yang telah tertinggal jauh sejak calon DAP memangi kerusi Parlimen itu pada PRU 2008.

Bagi Ahmad Bitan, 65, kini sudah tiba masanya bagi kerajaan pusat berusaha untuk membangunkan semula Teluk Intan supaya dapat menarik generasi mudanya kembali bekerja di sini.

Peniaga pasar tani, A. Antoniamah, 70 berkata, beliau berharap wakil rakyat yang baru dapat berkhidmat secara ikhlas kerana penduduk tempatan telah memberi satu lagi peluang kepadanya.

Peniaga buah, Rohana Hussin, 45 berkata, rancangan dalam manifesto BN dilihat realistik dan boleh dicapai dan bukan sekadar janji-janji kosong terutamanya mewujudkan pusat pertanian moden di daerah Hilir Perak dan memajukan Teluk Intan sebagai pusat makanan.

Suri rumah, Chooi Eng, 58 pula berkata, cadangan membawa sebuah universiti di Teluk Intan amat baik kerana lebih ramai anak muda dapat tinggal dan menyumbang kepada pembangunan di kawasan mereka.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan