Rendah Diri, Berhemah Rahsia Kemenangan Mah - Zambry

Diterbitkan: Ahad, 1 Jun 2014 9:13 AM

Zambry meraikan kemenangan BN di PRK Teluk Intan di mana Ahli Parlimennya bakal dilantik sebagai menteri.

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Sikap merendah diri, berhemah dan pendekatan 'underdog' yang diamalkan Datuk Mah Siew Keong adalah rahsia kemenangan calon Barisan Nasional (BN) itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, selain itu, strategi pembangkang yang sejak awal lagi menggunakan 'kuasa keangkuhannya' untuk menentang BN juga memberi kesan sampingan.

"Sehubungan itu, saya memaklumkan kepada Mah supaya menggunakan pendekatan berhemah, merendah diri dan pendekatan 'underdog'.

"Itulah perbezaan yang sebenarnya apabila rakyat melihat cara dan pendekatan dua parti yang berbeza, cara penampilan calon yang berbeza.... dengan calon yang rendah diri daripada BN," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Rumah Rehat Teluk Intan dekat sini, lewat malam Sabtu.

Zambry berkata, pendekatan itu sebenarnya antara rahsia yang menyebabkan kemenangan Mah walaupun pihak pembangkang terlalu yakin sehingga menjangkakan majoriti lebih 10,000 undi.

"Apapun saya anggap kejayaan ini benar-benar bermakna dan saya memaklumkan kepada Mah bahawa kejayaan ini merupakan satu keinsafan dan rendah diri.

"Ia merupakan satu perjalanan baharu dan juga perjalanan semula untuk Datuk Mah memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dan meneruskan tugas yang dilaksanakan beliau kepada rakyat sebelum ini," katanya.

BN berjaya merampas semula kerusi Parlimen Teluk Intan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P.076 pada Sabtu dengan majoriti tipis 238 undi.

Calonnya, Datuk Mah Siew Keong, 53, memperoleh 20,157 undi, menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, yang mendapat 19,919 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Teluk Intan, Datuk Ibrahim Ahmad pada pukul 9.38 malam.

Kekosongan kerusi Parlimen Teluk Intan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng dari DAP akibat kanser pada 1 Mei lalu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan