Lucut Hak Pemilik Jika Tanah Diceroboh - MB Selangor

Diterbitkan: Ahad, 1 Jun 2014 4:15 PM

Kejadian curi pasir di tanah yang diceroboh boleh mengakibatkan pemilik tanah di Selangor hilang hak.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menasihatkan pemilik tanah persendirian di negeri itu supaya memastikan tanah mereka tidak diceroboh bagi mengelak hilang hak pemilikan.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri telah memberi 'lampu hijau' kepada pejabat daerah untuk mengeluarkan notis rampasan sekiranya didapati ada tanah milik persendirian diceroboh pihak lain.

"Saya percaya Pegawai Daerah dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd akan terus melakukan perkara yang perlu bagi memastikan isu kecurian pasir dan pencerobohan tanah oleh pihak tidak bertanggungjawab dihentikan.

"Saya nak ingatkan pemilik tanah kalau kecurian pasir dibuat atas tanah persendirian, pejabat daerah dibenar keluarkan notis rampasan tanah kerana boleh jadi yang curi (pasir) bukan pemilik, tapi pemilik yang akan hilang tanah," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai isu kecurian pasir berulang di kawasan Sungai Long, Kajang dekat sini baru-baru ini.

Tambah Abdul Khalid, pihaknya juga akan menangkap sindiket mencuri pasir tersebut selain menyita jentolak yang digunakan untuk tempoh lebih lama dan berkemungkinan tidak dibenar untuk digunakan semula.

Baru-baru ini, media melaporkan kegiatan mencuri pasir di Sungai Long, Kajang masih berleluasa meskipun pasukan petugas khas Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) seliaan kerajaan Selangor sudah ditubuh bagi menanganinya. 


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan