Jakim Tidak Pernah Sembunyi Atau Manipulasi Fakta

Diterbitkan: Ahad, 1 Jun 2014 12:12 AM

Datuk Othman Mustapha

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak pernah menyembunyi atau memanipulasi sesuatu fakta atau kebenaran bersangkutan dengan amanah yang dijalankannya.

Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha berkata perkara itu ditegaskan dalam satu pertemuan khas dengan lapan wakil badan bukan kerajaan (NGO) Islam di sini, Sabtu.

"Jakim mengambil keputusan untuk mengatur pertemuan ini kerana beranggapan pihak NGO yang memberikan pandangan dan kritikan melalui media massa perlu mendapat penjelasan dan maklumat terperinci daripada Jakim," katanya dalam satu kenyataan di sini.

NGO terbabit ialah Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), Jawatankuasa Penyelaras Bersekutu NGO Islam (ACCIN), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).

Othman juga berkata tujuan pertemuan itu diadakan adalah bagi mendengar pandangan pihak NGO berhubung isu halal.

Pada pertemuan itu, Jakim turut memaklumkan kedudukan isu penemuan DNA khinzir (Porsin) dalam coklat Cadbury dan memberi penjelasan berhubung isu halal.
Tags / Kata Kunci: Jakim , Datuk Othman Mustapha

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan