Gerakan Masih Relavan - Mah

Diterbitkan: Ahad, 1 Jun 2014 12:41 PM

Mah Siew Keong

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Datuk Mah Siew Keong menjelaskan, parti Gerakan yang juga komponen Barisan Nasional (BN) pimpinannya itu masih relevan dan tidak ketinggalan seperti didakwa pembangkang.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Teluk Intan yang baharu itu berkata, parti itu semakin berkembang umpama 'matahari terbit'.

"Kemenangan saya (dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan) akan memperlihat perkembangan yang lebih besar buat Gerakan. Sejak saya dilantik sebagai presiden parti, tugas saya untuk menjaga akar umbi dalam parti.

"Apabila kita (Gerakan) sudah kuat, kita akan memberikan laluan kepada pemimpin muda untuk mempertingkatkan lagi kedudukan parti. Tugas saya adalah memperkukuhkan akar umbi.

"Saya sudah terlibat dalam politik selama lebih 20 tahun. Saya akan bekerja kuat beberapa tahun lagi sebelum saya bersara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada pertemuan pertamanya bersama rakyat selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan di Pasar Besar Teluk Intan di sini, Ahad.

Mengenai pelantikannya sebagai menteri seperti diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau berkata, ia tertakluk kepada Perdana Menteri mengenai portfolio yang dipertanggungjawab nanti.

"Apa portfolionya saya tidak tahu. Itu terpulang kepada Perdana Menteri," katanya.

Tambahnya, beliau tidak mahu mengambil kesempatan terhadap kedudukannya sebagai presiden parti.

"Bila saya kalah dua kali, saya ambil dua tanggungjawab untuk parti. Jika saya kalah sekali lagi, saya tidak akan mendapat lagi mandat daripada rakyat untuk menjadi Presiden Gerakan.

"Saya sudah berjanji sebelum ini sekiranya kalah, saya tidak akan menggunakan 'pintu belakang' untuk dilantik sebagai senator, sebaliknya akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk parti.

"Adakah bila kalah sebanyak tiga kali saya masih menjadi presiden parti? Saya fikir dari segi moral ia menunjukkan seseorang itu tiada kredibiliti," katanya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan