Gao Selamat Kembali Ke Pangkuan Keluarga Di Shanghai

Diterbitkan: Ahad, 1 Jun 2014 8:00 AM

Gao Huayun

Gao Huayun

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Warga China Gao Huayun kembali ke pangkuan keluarga dan saudara-maranya di Shanghai ketika hari sambutan Festival Rice Dumpling diadakan, selepas hampir dua bulan ditahan oleh penculik di Jolo.

Kedutaan China di sini mengesahkan bahawa Gao telah menaiki penerbangan ke Shanghai, pada Sabtu yang memakan masa selama lima jam.

"Saya gembira apabila mendapat tahu bahawa dia akan kembali untuk menyambut perayaan dengan ahli-ahli keluarganya," kata seorang jurucakap kedutaan, yang juga mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa Malaysia yang membantu mereka dalam pembebasan Gao.

Perayaan itu yang disambut esok, juga dikenali sebagai Festival Duanwu atau 'Dragon Boat Festival'.

Perayaan ini diberikan cuti umum di China.

Sumber melaporkan bahawa Gao, 29 dan pekerja resort Filipina Marcy Dayawan @Mimi, 40, yang juga dibebaskan, diterbangkan diiringi anggota keselamatan Bukit Aman dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur pada pukul 6 pagi semalam.

Gao kemudian mengambil penerbangan sambungan ke Shanghai pada pukul 9 pagi.

Di Kota Kinabalu, pihak berkuasa Malaysia telah membuat keputusan untuk menyerahkan Mimi kepada rakan kerjasama mereka di Manila.

Jurucakap Perhubungan Luar Negara Filipina Charles Jose berkata dia mungkin akan diserahkan pada hari ini.

"Polis Malaysia yang mengendalikan kes itu akan mengiringinya kembali ke Filipina," katanya dalam satu kenyataan.
Tags / Kata Kunci: Gao Huayun , Shanghai , Jolo

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan