Saya Tidak Akan Putus Asa Walaupun Kalah - Dyana Sofya

Diterbitkan: Ahad, 1 Jun 2014 12:19 AM

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Walaupun DAP gagal mempertahankan kerusi parlimen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan namun calon parti itu, Dyana Sofya Mohd Daud tidak akan berputus asa dan mengecewakan harapan penduduk tempatan.

Beliau berkata, perjuangannya di Teluk Intan masih belum selesai termasuk menghentikan politik perkauman.

Menurutnya, beliau akan tetap berada dan fokus dalam perjuangannya untuk rakyat di Teluk Intan.

"Ini terutama (rakyat) yang memerlukan saya...jangan kecewa. Setialah bersama saya dan teruskan perjuangan yang belum selesai," katanya kepada pemberita di perkarangan pusat operasi DAP di sini, malam Sabtu.

Pada PRK kali ini Dyana Sofya tewas ditangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 238 undi.

Mah memperoleh 20,157 undi manakala Dyana mendapat 19, 919 undi.

PRK Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN dan calon DAP berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu Seah Leong Peng, 48, dari DAP akibat kanser pada 1 Mei lalu.
Tags / Kata Kunci: Dyana Sofya Mohd Daud , DAP , BN

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan