Lintas Langsung Hari Mengundi PRK Teluk Intan

Diterbitkan: Sabtu, 31 Mei 2014 7:43 AM

Satu lawan satu antara calon BN dan DAP di PRK Teluk Intan.

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan tiba dengan 59,927 pengundi layak menunaikan tanggungjawab di 35 pusat mengundi yang akan dibuka pada pukul 8 pagi.

PRK P.76 ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dan Dyana Sofya Mohd Daud yang mewakili DAP.

5.30 petang: Sehingga proses pengundian PRK Teluk Intan ditutup secara rasmi pada pukul 5 petang, seramai 39,850 pengundi atau 66.5 peratus keluar mengundi.

4.37 petang: Jumlah keluar mengundi setakat pukul 4 petang ialah seramai 38,158 orang atau 63.67 peratus.

4.15 petang: Sehingga pukul 3 petang, seramai 34,974 pengundi atau 58.36 peratus keluar mengundi.

3.45 petang: Proses membuang undi berjalan lancar di semua pusat mengundi Parlimen Teluk Intan

Proses membuang undi yang berjalan lancar mendorong pasangan pengantin baharu, Fazli Helmi Hashim dan Hakimah Ali menunaikan tanggungjawab di SK Tebok Banjar.

2.40 petang: Peratusan keluar mengundi PRK Teluk Intan terus meningkat kepada 31,286 atau 52.21 peratus setakat pukul 2 petang tadi.

Peraih undi tidak melepaskan peluang selagi tempoh mengundi belum tamat.

1.28 petang : Setakat pukul 1 petang, seramai 27,955 pengundi atau 46.65 peratus membuang undi untuk P.76.


Wartawan Bernama Radio 24, Farrah Idzana Hassim@Hashim (kiri) dan wartawan Bernama, Fadzlina Abu Bakar Sidek antara yang mengundi pada PRK Teluk Intan

12.35 tengahari: Calon BN adakan sidang media di pusat media bertempat di Pusat Kesihatan UKM.

Warga emas di Parlimen Teluk Intan tidak melepaskan peluang mengundi.

12.00 tengahari: Rekod SPR menunjukkan seramai 25,050 pengundi atau 40.13 peratus sudah menunaikan hak masing-masing setakat ini.

11.33 pagi: Sidang media Pengerusi SPR memaklumkan berlaku dua insiden provokasi di SK Dato Laksamana dan SK Kampung Bahagia. SPR juga memaklumkan, setakat pukul 11 pagi, seramai 19,508 atau 32.55 peratus keluar mengundi.

OKU, Mohd Isa Abdullah dari Kampung Gloster tetap membuang undi.

11.00 pagi: Pengerusi SPR dijangka mengadakan sidang media di pusat media bertempat di Pusat Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Teluk Intan sebentar lagi.

10.35 pagi: Seramai 13,754 orang keluar mengundi iaitu 22.95 peratus setakat pukul 10 pagi.

Pengundi menunggu giliran di pusat mengundi SMK Sultan Abdul Aziz.

10.28 pagi: Calon DAP, Dyana Sofya tiba di pusat mengundi SMK Sultan Abdul Aziz bagi meninjau proses membuang undi.

10.15 pagi: SPR memaklumkan, setakat pukul 9 pagi tadi,  seramai 7,080 pengundi atau 11.81 peratus keluar mengundi pada PRK P.76.

Dyana Sofya bertanyakan khabar salah seorang pengundi warga emas.

9.40 pagi: Pengerusi SPR melawat pusat mengundi di SK Kampung Selabak.

9.15 pagi: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof membuat lawatan ke pusat mengundi di SMK Sultan Abdul Aziz 

9.05 pagi: Calon BN, Datuk Mah Siew Keong tiba di pusat mengundi SMK Sultan Abdul Aziz untuk membuang undi.

Mah selesai menunaikan tanggungjawab membuang undi di PRK Teluk Intan.

8.50 pagi: Pasangan suami isteri, Abd Rahman Shaharuddin, 66 dan Fatimah Ahmad, 65 dari Taman Desa Aman menunjukkan jari yang dicelup dakwat kekal selepas mengundi di SMK Sultan Abdul Aziz. Mereka antara ribuan pengundi yang kini menunggu giliran untuk menunaikan hak masing-masing.


8.30 pagi: Mengikut jadual, Dyana Sofya akan melawat pusat mengundi di SMK Sultan Abdul Aziz pada pukul 9.30 pagi.

8.10 pagi: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dijangka tiba ke pusat mengundi SMK Sultan Abdul Aziz bagi meninjau situasi proses membuang undi sebentar lagi.

8.05 pagi: Pusat mengundi dibuka, termasuk di SMK Sultan Abdul Aziz.


7.45 pagi: Antara pengundi Teluk Intan yang beratur di luar pusat mengundi saluran tiga di SMK Sultan Abdul Aziz.



7.35 pagi: Antara pengundi yang datang awal untuk membuat semakan mengenai saluran mana untuk mengundi.

7.30 pagi: Sebahagian anggota polis tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Aziz bagi mengawal keadaan dan keselamatan sepanjang proses pengundian berlangsung. Difahamkan calon BN akan mengundi di sini pada pukul 9 pagi.



Tags / Kata Kunci: PRK Teluk Intan , pusat mengundi

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan