Isu Bank Rakyat: Tiada Unsur Rasuah Babitkan Hasan Malek - SPRM

Diterbitkan: Sabtu, 31 Mei 2014 7:21 PM

Datuk Seri Hasan Malek.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada unsur rasuah berhubung dakwaan campur tangan Datuk Seri Hasan Malek dalam urusan pembayaran pinjaman tanpa faedah oleh Bank Rakyat kepada seorang ahli perniagaan.

Menurut SPRM, penelitian awal menunjukkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) itu tidak boleh dikaitkan dengan dakwaan salah guna kuasa.

"Ianya lebih kepada isu tadbir urus bank.

"Walau bagaimanapun SPRM akan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya termasuk memanggil pihak-pihak yang berkaitan jika menerima maklumat baharu," demikian menurut SPRM menerusi kenyataan pada Sabtu.

Sebelum Hasan turut menyatakan kesediaannya untuk disiasat SPRM berhubung dakwaan beliau terlibat dalam urusan pembayaran pinjaman peniaga permaidani, Deepak Jaishikin yang diberikan Bank Rakyat.

Bank Rakyat berada di bawah bidang kuasa KPDNKK yang diterajui Hasan.

Isu dakwaan campur tangan dan salah guna kuasa oleh Hasan timbul selepas Tan Sri Sabbaruddin Chik mendakwa khidmatnya sebagai Pengerusi Bank Rakyat tidak disambung gara-gara permohonan untuk membuat pembayaran mudah oleh Deepak.

Selain itu SPRM bagaimanapun menegaskan bahawa bukan semua aduan atau dakwaan yang dilaporkan media, atau dibangkitkan mana-mana pihak, adalah kes rasuah.

"Sehubungan itu SPRM berharap kes seperti ini turut disiasat agensi lain yang berkaitan di bawah undang-undang relevan agar tindakan boleh diambil terhadap pihak tertentu kerana kegagalan mematuhi mekanisme sedia ada," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan