Dua Mangsa Culik Akhirnya Bebas

Diterbitkan: Sabtu, 31 Mei 2014 7:15 AM

Mangsa culik, Gao berasama pasukan perunding Malaysia ketika dibebaskan kumpulan Abu Sayyaf, pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas beberapa minggu mengadakan perundingan melalui wakil polis Malaysia sebagai perantara, akhirnya mangsa culik, pelancong China, Gao Huayun dan pekerja hotel warga Filipina, Marcy Dayawan dibebaskan kumpulan pengganas Abu Sayyaf.

Kumpulan yang berpusat di Pulau Jolo, selatan Filipina melalui proses rundingan itu sebaik Huayun dan Dayawan  yang masing-masing berusia 29 dan 40 tahun itu diculik di resort Singamata Reef, berhampiran Semporna pada 2 April lalu.

Ketua Polis Wilayah Sulu, Superintendan Abraham Orbita, berkata, kedua-dua wanita berkenaan dibawa keluar dari tempat persembunyian Abu Sayyaf di kawasan pergunungan pulau berkenaan ke perkampungan di tepi pantai Parang pada pukul 11.30 pagi, Jumaat.

"Mereka kemudiannya diserahkan kepada wakil Malaysia sebelum dibawa keluar ke perairan Malaysia menggunakan bot laju," katanya.

Orbita bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada ada sejumlah wang pampasan diserahkan untuk membebaskan kedua-dua tebusan itu.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan perkara ini melalui akaun Twitternya setelah dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jumaat.

"Saya baru sahaja diberi taklimat oleh PDRM bahawa dua wanita yang diculik di sebuah resort di Sabah pada April lalu telah diselamatkan oleh pihak berkuasa kita.

"Kita sedang mengambil langkah untuk memudahkan urusan membawa pulang warga China ke negaranya secepat mungkin," katanya menerusi 'Tweet' kira-kira pukul 7.30 petang Jumaat.

Najib yang sedang mengadakan lawatan kerja ke China selama enam hari berkata mereka yang diculik dilepaskan tanpa perlu membayar wang tebusan.

"Tiada wang tebusan dibayar untuk pembebasan mereka.

"Kejayaan ini kerana kerjasama pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyelesaikan kes ini.

April lalu, seorang wanita warga China yang dikenal pasti sebagai Huayun dan Dayawan, diculik dari resort berkenaan.

Polis percaya kumpulan yang bertanggungjawab menculik dua wanita itu berpangkalan di selatan Filipina dan mahu mendapatkan wang tebusan.

Polis turut mengesyaki bahawa kumpulan lelaki bersenjata itu mendapat "bantuan dalaman'' untuk memasuki resort itu.

Sementara itu The Star Online melaporkan bahawa kedua-dua mangsa telah dibawa keluar dari pulau Jolo Selatan Filipina dan tiba di Sandakan pada pukul 4.30 petang Jumaat.

Mereka diiringi anggota keselamatan dari Malaysia.

Menurut seorang pegawai keselamatan, dua orang pegawai telah bertolak ke Jolo pada pukul 10.30 pagi dan tiba di sana dua jam kemudian.

Dengan bantuan rakan-rakan dari Filipina, pegawai tersebut berjaya menyelamatkan Huayun dan Dayawan dari lokasi pergunungan terpencil di pulau itu.


Tags / Kata Kunci: resort , culik , Semporna

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan