BN Rampas Semula Kerusi Parlimen Teluk Intan

Diterbitkan: Sabtu, 31 Mei 2014 9:16 PM

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong meraikan kejayaan bersama barisan pemimpin tertinggi parti BN selepas diumumkan menang dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan di Pusat Penjumlahan Undi di SMK Abdul Rahman Talib pada Sabtu malam.

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Barisan Nasional (BN) berjaya merampas semula kerusi Parlimen Teluk Intan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) P.076 pada Sabtu dengan majoriti tipis sebanyak 238 undi.

Calonnya, Datuk Mah Siew Keong, 53, memperoleh 20,157 undi, menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang mendapat 19,919 undi.

Jumlah undi rosak ialah sebanyak 543 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Teluk Intan, Datuk Ibrahim Ahmad di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib dekat sini pada pukul 9.38 malam.

Kekosongan kerusi Parlimen Teluk Intan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng dari DAP akibat kanser pada 1 Mei lalu.

Mah yang merupakan Presiden Gerakan, parti komponen BN dan pernah menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan selama dua penggal menerusi pilihan raya 1999 dan 2008.

Dyana Sofya Mohd Daud


Mah juga kembali bertanding di kerusi sama pada 2008 dan 2013, namun tewas kepada calon DAP, masing-masing M.Manogaran dan mendiang Seah.

Beliau juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Bedamar pada 1995 dan memegang jawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Indusri Asas Tani, dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Sebanyak 35 pusat pengundi menerusi 120 saluran di Teluk Intan dibuka seawal pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang bagi proses pengundian biasa.

Seramai 39,850 pengundi atau 66.5% keluar mengundi pada (PRK) Teluk Intan, Sabtu selepas proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang.

Sementara itu, seramai 392 daripada 410 pengundi awal atau 95.61% telah mengundi pada 27 Mei lalu.

Kawasan Parlimen Teluk Intan mempunyai 41.94% pengundi Cina, 38.61% (Melayu), India (19%), Orang Asli (0.18%) dan lain-lain (0.27%).

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei tahun lalu, Seah mengalahkan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas, K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan