Sultan Nazrin Solat Jumaat Bersama Rakyat Di Kuala Kangsar

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mei 2014 6:27 PM

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan bersalaman dengan orang ramai selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Ubbudiah di Kuala Kangsar, Jumaat. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Sultan Perak yang baharu, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Jumaat berangkat menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Ubudiah di sini.

Baginda tiba pada pukul 1 tengahari dengan diiringi Raja Kechil Sulong Perak, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Puhat Mat Nayan. 

Sultan Nazrin yang memakai baju Melayu berwarna kuning turut bersama-sama mendengar khutbah yang disampaikan oleh Imam masjid berkenaan Ustaz Mohd Helmi Ibrahim.

Kira-kira 500 jemaah bersama-sama menunaikan solat Jumaat bersama baginda yang diimamkan oleh Orang Kaya-kaya Imam Paduka Tuan Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti.

Selesai menunaikan solat Jumaat, baginda meluangkan masa bersalaman dengan para jemaah dan kemudian menziarahi makam Sultan Azlan Shah serta adinda baginda Raja Ashman Shah sambil membaca tahlil ringkas.

Baginda dan Raja Ahmad Nazim kemudian menyiram air mawar di kedua-dua makam.

Sultan Nazrin, diisytiharkan sebagai Sultan Perak ke-35 dalam istiadat pengisyitharan pelantikan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini, Khamis.

Sultan Nazrin, 58, putera sulung Sultan Azlan Shah, menggantikan ayahanda baginda yang mangkat Rabu lepas.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan