Tidak Ada Bahagian Masjidil Haram Runtuh - Abdul Azeez

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mei 2014 4:57 PM

Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim meminta rakyat di negara ini tidak terpedaya dengan dakwaan yang tersebar bahawa ada bahagian Masjidil Haram runtuh dalam kejadian malam Khamis.

Sebaliknya kata Abdul Azeez, yang berlaku ialah insiden rempuhan apabila orang ramai berasak-asak mahu melihat ke dalam Kaabah apabila pintunya dibuka semasa struktur itu dicuci.

"Saya terima laporan daripada pihak Lembaga Tabung Haji tiada bangunan yang runtuh. Semalam hari mencuci Kaabah dan pintu Kaabah dibuka. Jadi orang ramai berpusu-pusu untuk lihat proses itu," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau berkata kejadian menyebabkan empat orang cedera namun tidak membabitkan rakyat Malaysia.

"Saya harap rakyat Malaysia tidak terpedaya dengan laporan tidak benar yang tersebar di laman sosial," katanya yang ditemui selepas menghadiri taklimat akhir persiapan pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Abdul Azeez diminta mengulas kejadian yang berlaku di Makkah malam tadi, termasuk dakwaan terdapat bahagian Masjidil Haram yang runtuh. 

Proses mencuci Kaabah termasuk bahagian dalam dilakukan dua kali setahun iaitu pada bulan Muharram dan Syaaban, bulan pertama dan kelapan dalam kalendar Hijrah.

Sementara itu, mengulas taklimat tertutup bersama Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Abdul Azeez berkata taklimat merangkumi tugas jentera parti bagi beberapa jam terakhir sebelum tempoh kempen tamat tengah malam ini.

"Seluruh jentera juga diminta keluar mengundi awal dan kemudian teruskan tugas membantu pengundi," katanya dan menambah taklimat yang berlangsung lebih sejam itu turut dihadiri wakil parti-parti komponen BN.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan