PRK Teluk Intan: Mah Luah Isi Hati Yang Terbuku

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mei 2014 4:37 PM

Mah Siew Keong
(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong pada Jumaat meluahkan isi hatinya kepada penduduk khususnya pengundi kawasan itu.

Dalam luahan itu, Presiden Gerakan berkata, beliau masih setia berkhidmat untuk rakyat di Teluk Intan walaupun tewas dua kali pada pilihan raya di kawasan Parlimen itu sebelum ini.

Menurutnya, ramai calon DAP di Teluk Intan tidak bertanding lagi dan mereka hanya bertahan untuk satu penggal berikutan calon baharu diumumkan setiap kali pilihan raya.

"Dyana (Sofya) muka baharu. Tiap-tiap kali (pilihan raya) DAP memperkenalkan calon baharu, tidak ada yang bertanding lebih dua kali.

"Saya kalah di Teluk Intan dan saya masih tak lari. Sebab Teluk Intan adalah kampung saya. Saya berjanji untuk membuat yang terbaik," katanya di sini.

Mah berkata demikian bagi merujuk kemenangannya menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan selama dua penggal pada 1999 dan 2004, dan kemudiannya kalah dua kali berturut-turut di tangan M. Manogaran (2008) dan Seah Leong Peng (2013).

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 Mei tahun lalu, Seah mengalahkan Mah dan calon bebas, K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi majoriti.

Pada PRK kali ini Mah akan menentang calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud pada PRK Teluk Intan.

Beliau memberitahu, pilihan raya kali ini merupakan yang paling teruk di Teluk Intan apabila kempen-kempen dihambat dengan insiden negatif dan tidak bertanggungjawab.

Beliau mendakwa, hampir setiap malam parti pembangkang akan memburuk-buruk calon dan parti BN di dalam siri ceramah mereka.

"Poster-poster muka saya juga dicat hitam dan merah dan diconteng dengan perkataan bodoh. Mereka kata Dyana itu 'Beauty, Brain and Bravery' (Cantik, Bijak dan Berani) dan bila mereka kata apa yang saya ada, mereka kata saya bodoh.

"Ada ahli (parti) yang tanya, kenapa mereka boleh buat begitu kepada poster kita dan kita pun boleh tarik poster mereka... tetapi saya suruh mereka bersabar. Jangan buat kerana itu bukan budaya kita.

"Saya ucapkan terima kasih kepada mereka kerana bersabar dan berdisiplin. Kita tidak perlu buat taktik-taktik kotor sebab Barisan Nasional satu parti yang gentleman," katanya.

Beliau menambah, sewaktu bertanding dengan calon-calon DAP, M. Manogaran dan Seah sebelum ini, masing-masing berkempen secara sihat dan 'gentleman'.

Sementara itu, beliau menyeru semua pengundi Teluk Intan sama ada orang tempatan mahupun dari luar supaya membuat keputusan terbaik dalam memilih wakil rakyat.

Mah berkata, beliau menyediakan manifesto dengan pelbagai rancangan pembangunan untuk kepentingan rakyat di kawasan Parlimen itu.

"Saya harap saudara saudari... untuk masa depan Teluk Intan, masa depan negara, undilah (saya). Kita menang atau kalah, kita masih di sinilah. Kita (di Teluk Intan) sudah ke belakang dan kita hendak maju.

"Siapa yang akan jaga Teluk Intan? Banyak isu-isu nasional yang dibangkitkan oleh pihak lawan dan tidak pernah cakap pasal Teluk Intan. Jadi, saya harap semua dapat memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat kepada rakyat," kata Mah.


Tags / Kata Kunci: Teluk Intan , Barisan Nasional

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan