Keputusan PRK Teluk Intan Sabtu Diketahui Seawal Pukul 9 Malam - SPR

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mei 2014 4:00 PM

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan yang akan berlangsung pada Sabtu dijangka dapat diketahui seawal pukul 9 malam.

Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak, Ahmad Adli Abdullah berkata, keputusan itu akan diperolehi selepas 119 saluran mengundi  ditutup pada pukul 5 petang manakala sebuah lagi ditutup pada pukul 4 petang.

Menurutnya, semua pusat mengundi akan dikendalikan oleh 947 pegawai dan kerani.

"Daripada 60,349 pemilih berdaftar, seramai 59,927 layak mengundi biasa esok (Sabtu) di 35 pusat mengundi. Daftar pemilih ini dikemaskini setakat 1 Mei 2014.

"Lebih 80 peratus pemilih akan keluar mengundi kerana pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan di antara parti besar iaitu Barisan Nasional (BN) dan DAP," katanya di sini, Jumaat.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat tinjauan persiapan akhir SPR untuk hari pengundian pada Sabtu.

Pusat penjumlahan undi dan pengumuman keputusan PRK Teluk Intan akan dibuat di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib dekat sini.

Ahmad Adli berkata, kempen-kempen yang diadakan pada PRK Teluk Intan dilihat meriah dan dijangka menjadi faktor bilangan keluar mengundi lebih ramai.

Pada PRK ini, SPR menyediakan 120 saluran dan setiap saluran akan dikawal oleh anggota polis bagi memastikan proses mengundi berjalan lancar.

Selain itu katanya, SPR turut menyediakan 464 botol dakwat kekal untuk PRK ini.

Dalam pada itu, Ahmad Adli juga menasihatkan kepada pengundi-pengundi supaya keluar awal pada Sabtu dan membawa kad pengenalan serta tidak memakai baju yang melambangkan parti ke pusat pengundian.

"Saya melarang mana-mana penyokong berkumpul dan tidak membenarkan sebarang barong atau pondok panas yang didirikan di sekitar pusat pengundian. 

"Ini kerana SPR menyediakan barong untuk menyemak status daftar pemilih yang layak mengundi," katanya.

PRK Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng akibat kanser pada 1 Mei lalu.
Tags / Kata Kunci: SPR , PRK Teluk Intan

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan