DAP Berkempen Tanpa Menghormati Kemangkatan Sultan Perak

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mei 2014 4:45 PM

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: DAP seolah-olah tidak menghormati peristiwa kemangkatan Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah apabila bertindak meneruskan kempen bagi memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

Teguran itu disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang turut menyifatkan tindakan tersebut seperti tidak menghormati peristiwa penting yang berlaku di Perak.

“Nampaknya pihak pembangkang langsung tidak mengambil kira peristiwa penting itu dan mereka nampak begitu terdesak sekali untuk menang.

“Mereka masih teruskan kempen seolah-olah tidak menghormati peristiwa kemangkatan dan istiadat pemakaman Al-Marhum Sultan Azlan Shah semalam (Khamis),” katanya pada sidang media di Rumah Rehat Teluk Intan dekat sini, Jumaat.

Muhyiddin yang juga timbalan pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, parti itu sebaliknya menghentikan semua program yang dirancang untuk menghormati kemangkatan Sultan Azlan Shah.

“Kita di pihak BN telah membuat keputusan untuk menghentikan semua program yang berkaitan kempen pilihan raya.

“Ia bagi menghormati kemangkatan Sultan Azlan yang merupakan ketua negeri Perak,” kata Muhyiddin.

PRK Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng akibat kanser pada 1 Mei lalu.

Hari mengundi PRK Teluk Intan pada Sabtu, 31 Mei.

Tags / Kata Kunci: Teluk Intan , DAP , Perak

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan