Cadbury Komited Patuhi Peruntukan Sijil Halal

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mei 2014 5:44 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cadbury Malaysia kekal komited dalam mematuhi garis panduan halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

Ketua Hal Ehwal Korporatnya Raja Zalina Raja Safran dalam kenyataan di sini pada Jumaat, berkata syarikat itu juga percaya semua produk coklatnya tidak mengandungi bahan berkaitan khinzir.


"Kami berpegang teguh pada sijil halal kami dan kami juga mempunyai standard pelabelan yang tinggi," katanya.

Dalam pada itu katanya, Cadbury Malaysia akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa sementara menunggu hasil analisis terhadap dua produk yang dikesan mengandungi DNA khinzir. 

"Kami faham betapa pentingnya isu halal bagi pelanggan kami dan kepentingan kepercayaan berterusan terhadap produk kami. Semua produk kami kekal berstatus halal," katanya.

Beliau juga meminta pengguna berpegang kepada kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa produk syarikat itu yang tercemar dengan DNA babi kekal dengan status halal.

Sabtu lepas Kementerian Kesihatan mengesahkan dua sampel daripada Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Badam keluaran Cadbury Malaysia mengandungi DNA khinzir.

Susulan itu Cadbury Malaysia menarik balik produk yang bernombor kelompok sama dengan dua sampel berkenaan daripada pasaran.

Pada Khamis, Majlis Fatwa Kebangsaan mengumumkan hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi DNA babi adalah seperti hukum asal, iaitu 'halal dimakan'.

Ini kerana kata Pengerusi jawatankuasa Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, perkara itu termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa' iaitu keadaan musibah atau kesukaran berleluasa dan sukar dielak.
Tags / Kata Kunci: Cadbury , halal , Raja Zalina Raja Safran

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan