Pelantikan Mah Dalam Kabinet Adil - TPM

Diterbitkan: Jumaat, 30 Mei 2014 12:36 PM

Muhyiddin Yassin
(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelantikan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong sebagai Menteri Kabinet sekiranya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan bersifat adil.

Beliau berkata, keputusan itu akan memberikan lebih banyak faedah dan kepentingan kepada rakyat di kawasan parlimen itu.

"Rakyat Teluk Intan perlu melihat pengumuman ini sebagai satu peluang yang amat baik untuk mereka.

"Ini kerana seseorang Menteri Kabinet dapat membantu menangani banyak isu yang dibangkitkan oleh rakyat, " katanya.

Beliau berkata demikian pada program bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India di Rumah Rehat Teluk Intan di sini, Jumaat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan jawatan dalam Kabinet menanti Mah yang merupakan Presiden Gerakan sekiranya beliau memenangi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan pada Sabtu ini.

Pengerusi BN itu berkata, beliau bersedia melakukan komitmen itu kerana sebagai antara parti pengasas BN, sudah menjadi amalan untuk melantik Presiden Gerakan menganggotai Kabinet.

Pada PRK Teluk Intan, Mah akan bertanding satu lawan satu dengan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng akibat kanser pada 1 Mei lalu.

Tags / Kata Kunci: Gerakan , Teluk Intan

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan