Bank Of China Lancar Syliling Emas Panda China Di Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 7:49 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bank of China (Malaysia) Bhd akan melancarkan Syiling Emas Panda China dengan kuantiti terhad di Malaysia sebagai tanda persahabatan mesra dan malar segar antara kedua-dua negara. 

Bank itu berkata pelancaran itu juga bersempena dengan perayaan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China dan ketibaan pasangan panda China Fuwa dan Fengyi di Malaysia baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, bank itu berkata Syiling Emas Panda China yang dikeluarkan oleh Bank Rakyat China (BOC) itu boleh menjadi pengalaman pelaburan baharu bagi pembeli Malaysia. 

"Ia adalah satu daripada lima syiling emas terunggul di dunia bagi pelaburan selain Syiling Emas Krugerrand Afrika Selatan, Syiling Emas Daun Maple Kanada, Syiling Emas Tema Helang Amerika dan Syiling Nuget Emas Australia," kata bank itu.

Syiling emas itu boleh didapati dalam lima saiz berbeza seberat 1 auns, 1/2 auns, 1/4 auns, 1/10 auns dan 1/20 auns.

"Secara tradisinya, emas merupakan instrumen kewangan pilihan yang boleh bertahan dalam menghadapi inflasi, yang terkenal dengan ciri-cirinya bagi kestabilan nilai, kemudahan tunai yang tinggi, boleh disimpan dan dibawa, serta diterima dengan meluas di peringkat dunia. 

"Syiling emas dan bongkah emas merupakan pilihan utama bagi pelaburan emas fizikal utama di dunia," kata bank itu.
Tags / Kata Kunci: Bank of China , panda , syiling emas

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan