Sultan Nazrin Muizzuddin Shah 'Berlian' Buat Rakyat Perak

Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 10:14 PM

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menandatangani dokumen pengisytiharan pada istiadat pengisytiharan dan pelantikan Sultan Perak yang baharu di Balairong Seri, Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, Khamis. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Kehilangan permata diganti berlian, demikian perumpamaan rakyat Perak tatkala menerima Sultan Perak yang baharu, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Kepatuhan kepada Islam dan keadilan terhadap rakyat membolehkan baginda diterima rakyat dengan hati terbuka bagi meneruskan legasi ayahandanya Almarhum Sultan Azlan Shah, untuk menerajui negeri Perak.

Seorang penduduk Ipoh, Ismail Rosa, 62, berkata pelantikan Sultan Nazrin Shah amat bertepatan kerana baginda sejak dulu sentiasa 'dekat' dengan rakyatnya.

"Rakyat kenal baginda, perwatakan baginda... aktiviti baginda selama ini pun selalu dekat dengan rakyat.

"Kami kehilangan permata, namun diganti berlian yang sama hebat nilainya, kami berbesar hati menerima kehadiran Sultan baharu," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Sultan Nazrin Shah diisytiharkan sebagai Sultan Perak yang baharu pada istiadat pelantikan dan perisytiharan yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah hari ini.

Zairulazwana Mali, 30, pula menyifatkan Sultan Nazrin Shah seorang pengganti yang bukan calang-calang orangnya.

"Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Kepandaiannya, pemikirannya, baginda Sultan pasti akan mampu meneraju Perak dengan cemerlang sebagaimana yang dilakukan Almarhum Sultan Azlan Shah," katanya.

Mohd Zaini Zainal, 38, berkata baginda Sultan mempunyai pengalaman yang luas kerana pernah memangku jawatan Sultan, serta disenangi rakyat jelata.

"Baginda juga cepat bertindak jika ada isu atau masalah membabitkan rakyat," katanya.

Sementara bagi T. Dakshaiyini, 64, bekas penjaga kamar peribadi Almarhum Sultan Azlan Shah menyifatkan Sultan Nazrin Shah adalah pengganti terbaik.

Mengakui telah mengenali keluarga diraja berkenaan secara rapat, beliau berkata keperibadian baginda juga hampir sama dengan Almarhum ayahandanya.

"Baginda anak beranak orang yang baik, jadi rakyat tidak perlu risau. Perak dan rakyatnya pasti akan terus maju, aman dan harmoni," katanya.
Tags / Kata Kunci: Sultan Nazrin Muizzuddin Shah , Perak

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan