Cuti Rehat Jumaat, Sabtu Sektor Swasta Perlu Dikaji Semula - Sultan Johor

Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 12:35 PM

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menggesa kerajaan negeri itu untuk mengkaji kesesuaian sektor swasta untuk meminda hari rehat kepada hari Jumaat dan Sabtu, selaras dengan sektor awam.

Baginda bertitah, langkah untuk menukar hari cuti rehat hujung minggu baru-baru ini, menerima aduan terutamanya daripada ibu bapa yang bekerja di sektor swasta.

"Ibu bapa yang bekerja di sektor swasta mengadu bahawa mereka tidak mempunyai masa secukupnya bersama anak-anak kerana mereka terpaksa bekerja pada hari Jumaat.

"Oleh itu, beta menyeru kerajaan negeri untuk mengkaji semula kesesuaian menyelaraskan hari rehat kepada hari Jumaat dan Sabtu untuk semua sektor," katanya ketika merasmikan sidang Dewan Undangan Negeri di sini, Khamis.

Kerajaan Johor menukar cuti rehat hujung minggu kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuatkuasa 1 Januari tahun ini sempena  sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-55 pada November tahun lalu.




Tags / Kata Kunci: Sultan Johor , cuti rehat

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan