Najib Adakan Pertemuan Dua Hala Dengan PM China - Berita Semasa | mStar

Najib Adakan Pertemuan Dua Hala Dengan PM China

Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 7:43 PM

(Ubah saiz teks)

BEIJING (China): Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan sambutan rasmi yang meriah di Great Hall of People di sini, venue sama yang menyaksikan bapa beliau yang juga Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak Hussein melakar sejarah apabila menjalinkan hubungan diplomatik dengan China 40 tahun lepas.

Perdana Menteri China Li Keqiang menyambut Najib di Great Hall of People, yang menempatkan Kongres Rakyat Kebangsaan, badan perundangan tertinggi Republik Rakyat China.

Tembakan mariam 19 das turut disempurnakan sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Najib, dengan diiringi Li, kemudian memeriksa perbarisan kehormat terdiri daripada ketiga-tiga perkhidmatan ketenteraan negara itu.

Sejam sebelum itu, Najib kembali semula ke ibu negara China ini dari Pulau Pinang setelah bergegas pulang ke Malaysia pada malam Rabu bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar, Perak pagi Khamis.

Beliau dalam rangka lawatan enam hari ke negara ini sejak Selasa.
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan