PM Beri Penghormatan Terakhir Kepada Almarhum Sultan Azlan Shah

Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 10:03 AM

Kenderaan Najib yang diiringi polis trafik dilihat memasuki perkarangan Istana Iskandariah Kuala Kangsar untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Azlan Shah. Foto RONNIE CHIN/The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada Khamis memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah, yang mangkat pada Rabu.

Najib yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke China, tiba di Balairong Seri Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini pada 9 pagi dan akan kembali ke Beijing untuk menyambung lawatan enam hari yang bermula Selasa sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

Beliau diiringi Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan turut bertemu kerabat diraja Perak untuk merafak sembah ucapan takziah atas kemangkatan baginda.

Istiadat penghormatan terakhir dimulakan dengan kumpulan orang awam dari pukul 9 pagi hingga 11.30 pagi sebelum disusuli orang kenamaan, menteri, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri dan perwakilan asing dari 11.45 pagi hingga 1.15 tengah hari.

Ini diiikuti Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua Negeri, Ketua Negara dan Ketua Kerajaan dari 1.30 tengah hari hingga 2.15 petang.

Antara yang terawal tiba adalah pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura Kencana, Tan Sri Shahril Shamsuddin dan exco kerajaan negeri Perak.

Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong menghentikan seketika kempennya untuk Pilihan Raya Kecil Teluk Intan bagi menghormati pemergian Sultan Perak itu.


Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari Rabu dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar pada Khamis.

Jenazah baginda kini disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.

Baginda memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Februari 1984.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan