Insiden MH370 Tidak Jejas Hubungan Malaysia-China

Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 10:25 PM

Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media bersama wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan enam hari beliau ke China, Khamis.

(Ubah saiz teks)

BEIJING (China): Hubungan erat Malaysia dan China tidak terjejas berikutan insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, malah ia memberi peluang kepada kedua-dua negara untuk mengukuhkan lagi hubungan diplomatik yang terjalin sejak 40 tahun lepas, kata Datuk Seri Najib un Razak.

Perdana Menteri mengakui ada kesan pada peringkat awal kehilangan pesawat itu pada 8 Mac lepas, namun ia tidak menghalang hubungan kedua-dua negara.

Hubungan baik dan suasana positif jelas terserlah dalam lawatan beliau ke negara ini, terutamanya ketika mesyuarat dua hala dengan delegasi China yang diketuai Perdana Menteri China Li Keqiang di Great Hall of People di sini, Khamis. 

"Wujud suasana yang menyenangkan dan positif semasa pertemuan kami dan ketika jamuan makan malam. Saya menjalinkan hubungan kerja yang amat baik dengan Perdana Menteri (China)," katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan enam hari beliau ke China bermula Selasa.

Najib berkata beliau juga telah menjemput Li untuk melawat Malaysia tahun ini.

Ditanya sama ada kerajaan China membangkitkan insiden MH370 pada mesyuarat dua hala itu, Najib berkata China memberikan komitmen untuk meneruskan kerjasama dan bantuan yang diberikan sehingga fasa seterusnya seperti yang dipersetujui dalam perjanjian tiga pihak antara China, Malaysia dan Australia.

Penerbangan MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada tengah malam 8 Mac lepas.

Hampir dua pertiga daripada penumpang pesawat itu adalah warganegara China. 

Terdahulu, semasa berucap merasmikan mesyuarat dua hala itu, Li berkata China sedih dengan insiden itu dan ia bekerjasama rapat dengan Malaysia dan negara-negara lain dalam operasi mencari pesawat itu.

Katanya China juga berharap Malaysia akan meneruskan operasi mencari itu bagi menentukan apa yang sebenarnya telah berlaku terhadap pesawat itu.
Tags / Kata Kunci: MH370 , China , Malaysia

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan