Hudud: Penyokong PAS Tidak Akan Boikot Dyana - Salahudin Ayub

Diterbitkan: Khamis, 29 Mei 2014 12:13 PM

Salahudin Ayub.

(Ubah saiz teks)

TELUK INTAN: Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub percaya isu hudud tidak akan mempengaruhi penyokong parti itu untuk memboikot calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

Beliau berkata, tiada masalah yang timbul sekiranya penyokong PAS mendapatkan penjelasan yang tepat mengenai isu berkenaan dan kemudiannya akan menyokong DAP.

"Saya percaya ia tidak sampai ke tahap boikot. Jika ada pun, kita akan memberikan penerangan kepada mereka tentang penjelasan isu hudud ini.

"Masyarakat mesti dididik dengan pengetahuan dan ilmu yang dapat membantu mereka untuk memberikan penilaian terhadap mana-mana isu," katanya kepada pemberita di Kampung Padang Tembak di sini.

Dyana sebelum ini menyatakan beliau tidak menolak hukum hudud tetapi akan menentang jika rang undang-undang mengenai pelaksanaannya dibentangkan di Parlimen.

Salahudin berkata, isu hudud tidak berbangkit buat PAS untuk bersama-sama dengan DAP dalam kempen PRK Teluk Intan.

"Sewaktu kita (PAS) mula-mula mengenali DAP, mereka sudah tidak bersetuju tentang hudud.

"DAP pun tahu tentang pendirian PAS tetapi itu tidak menghalang kita bersama-sama untuk menubuhkan Pakatan Rakyat.

"Ia juga sama sekali tidak menghalang PAS untuk terus memperjuangkan syariat Islam dalam negara kita," katanya.

Mengenai kempen PAS pada PRK Teluk Intan, parti itu menggunakan pendekatan eksklusif khususnya kepada pengundi sasaran termasuklah golongan muda dan pengundi luar.

"Antara yang kita lakukan adalah mengadakan kempen dari rumah ke rumah dan ceramah kelompok yang telah disusun setiap hari," katanya.
Tags / Kata Kunci: PAS , hudud , Dyana Sofya , DAP , PRK Teluk Intan

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan